Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Shiseido
Sabtu lalu bertarikh 27 September 2014, The Power Red of Party yang dibawa oleh Shiseido telah berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur dengan menampilkan khas duta bagi produk terbaru mereka iaitu Shiseido ULTIMUNE. Izara Aishah tampil sebagai duta produk baru Shiseido ULTIMUNE berdasarkan dedikasi, keyakinan, bertenaga dan kecantikannya yang terserlah secara semulajadi.
Shiseido ULTIMUNE Power Infusing Concentrate merupakan serum yang berkebolehan dalam memberikan imuniti kepada kulit wajah agar ia sentiasa terlindung dari punca kulit bermasalah. Bahkan ia mempunyai remedi yang bagus untuk memberikan kulit yang anjal dan lembut. Kecantikan anda secara semulajadi dikekalkan dengan penggunaan serum Shiseido ULTIMUNE Power Infusing Concentrate. Produk ini sebenarnya telah dikaji selama lebih dari 20 tahun untuk mendapatkan keberkesanan yang lebih mujarab yang baik buat kulit wajah serta menguatkan daya tahan kulit dari sebarang permasalahan.
Pelancaran produk terbaru dari Shiseido ini bertemakan serba merah selari dengan produk Shiseido yang merah hangat. Pada hari pelancaran juga, seramai 100 orang peminat setia Izara Aishah telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis tersebut yang turut diserikan dengan kejutan istimewa dari Shiseido buat ulang tahun Izara yang genap usia 22 tahun pada 28 September 2014.
Selamat menyambut ulang tahun buat Izara Aishah dan semoga segala cita-cita dan impian Izara tercapai dengan jayanya. Kekal cantik seperti Izara Aishah dengan Shiseido ULTIMUNE.