Oleh: Reen Aziz
Gambar: TPG
Nama yang tidak asing lagi di dalam dunia peragaan dan popular sebagai Victoria Secret Angel, Adriana Lima tentunya mendapat perhatian lensa kamera kala melangkah di karpet merah. Supermodel kelahiran Brazil ini memiliki wajah dan susuk tubuh yang menawan yang membuatkan apa saja yang disarungnya tampak hebat. Tentu saja jenama unggul dalam dunia fesyen berlumba-lumba mahu Adriana untuk menggayakan rekaan mereka ketika menghadiri pelbagai acara kerana dia juga punyai citarasa fesyennya tersendiri.
EH! ingin konsikan stail Adriana Lima di karpet merah yang mungkin boleh anda jadikan inspirasi. Mungkin tidak terlalu seksi atau berani sepertinya, tetapi pemilihan warna, fabrik dan potongan serta rias cukup mempersona.