Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Syahirah
Aktres jelita Anzalna Nasir kini menjadi wajah bagi kempen rangkaian wangian terbaru Syahirah. Direka khusus untuk wanita dalam pelbagai gaya hidup buat semua gadis seperti Anzalna juga. Tampil wangi dan harum kala ke pejabat atau majlis rasmi dengan haruman terbaru dari Syahirah Jewel dengan inspirasi wangian terhebat dunia melalui cetusan ramuan terbaik yang diambil di serata benua dan menghasilkan empat haruman EDT istimewa.
Berkongsepkan permata yang dinamakan Syahirah Jewel Crystal, Diamond, Aquamarine dan Amethyst. Usah bimbang lagi dengan intipati sebotol haruman yang selalu dianggap beralkohol, kerana Syahirah Jewel menghasilkan jenis wangian yang mempunyai sijil halal dan pengguna yang beragama Islam boleh menggunakannya tanpa rasa was-was.
Empat varian ini mempunyai aroma yang tersendiri serta menepati citarasa ramai. Haruman Crystal hadir dengan gabungan epal, blackcurrant, marin, teratai, muguet, freesia, musk, ambar dan kayuan. Diamond pula menyempurnakan jiwa sensitif seorang wanita dengan gabungan limau gedang, epal, plum, pic, gardenia, mawar, muguet, cedarwood, vanila, ambar dan musk.
Aquamarine hadir dengan gabungan bergamot, halia, rempah ratus, mandarin, cassis, lemon, kehijauan, freesia, ylang ylang, mawar, melur, violet, buah-buahan, oren, blossom, muguet, musk, sandalwood, ambar, pic cedarwood dan vanila. Ianya menyelami naluri wanita yang berkeyakinan tinggi dan berjiwa kembara.
Terakhir sekali adalah Amethyst yang sesuai dengan keperibadian wanita yang bebas meneroka dunia melalui gabungan haruman buah tangerine, mangga, limau gedang, plum, lily of the valley, praline, vanila, cedarwood dan musk.
Bukan hanya haruman yang memikat, malah keunikan bentuk botol Syahirah Jewel yang direka khas seakan batu permata yang diserikan dengan empat rona indah bagi setiap varian. Bahkan kotak bungkusannya juga direka menyerupai replika kotak perhiasan dalam rona hitam mewah bertatahkan ilusi permata.
Koleksi wangian Syahirah Jewel 50ml ini boleh didapati di pasaraya utama, farmasi dan gedung beli-belah terpilih pada harga RM25.90 sebotol.