EH! senaraikan stok bahan mentah mesti ada di rumah sepanjang Ramadan ini.
Kala tiba bulan Ramadan, penyediaan stok bahan mentah untuk memasak di rumah perlulah mencukupi.
Ianya demi melancarkan waktu berbuka serta bersahur. Bahkan stok bahan makanan juga mestilah apa yang diperlukan supaya ia tidak mengundang sebarang pembaziran. Walaupun banyak bahan dibawah bersifat “segera” anda juga boleh gunakan kreativiti untuk pelbagaikan hidangan dengan kombo bahan yang ada dalam pantri.
Antara hidangan mudah yang boleh anda masak sepanjang Ramadan ini (menggunakan bahan-bahan tersenarai di bawah) adalah nasi goreng, sandwic, murtabak mi segera, roti telur, ayam goreng bersos, ayam kicap, kentang goreng, salad buah-buahan, nasi daging merah, lauk sardin dan banyak lagi menu dari bahan asas ini.
Senarai barang dapur yang perlu ada:
- Telur
- Sardin
- Roti
- Jem
- Mi segera
- Nuget
- Ubi kentang
- Serbuk minuman malt coklat
- Serbuk kopi dan teh
- Beras
- Buah-buahan
- Kurma
- Susu
- Gula dan garam
- Sayur-sayuran
- Bawang besar & bawang putih
- Kicap
- Sos cili dan tomato
- Ayam, daging, dan ikan
- Minyak masak
- Cili merah dan cili padi
- Serbuk kunyit dan serbuk kari
- Telur Masin
- Ikan Bilis
- Kiub pati ayam/bilis