Oleh: Farhana Fuad
Musim durian kini tiba lagi tahun ini. Pastinya ramai yang mencari-cari lokasi untuk menjamu selera dengan raja buah ini. Secara amnya kita tahu bahawa durian boleh mengakibatkan tubuh lebih cepat panas, tetapi sebenarnya durian juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri dalam memastikan tubuh badan sentiasa sihat.
EH! kongsikan lokasi hidangan bufet buah durian di sekitar Lembah Klang.
Durian SS2
Ianya terletak di berdekatan dengan pusat membeli-belah SS2 di Petaling Jaya. Di sini, ia menawarkan tawaran hebat untuk bufet durian dengan harga dari RM15 ke RM25 mengikut jenis durian yang dipilih.
Gerai Durian Wangsa Maju
Gerai durian ini terletak di Seksyen 2 berdekatan dengan restoran Burger Kaw-Kaw di Wangsa Maju. Ianya juga menawarkan makan sehingga kenyang dengan hanya RM10 sahaja selama sejam.
6363 Durian Stall
Ianya berlokasi di Jalan Mergastua, Kepong Baru. Durian Stall turut menawarkan sistem makan sehingga kenyang pada harga dalam lingkungan RM10 sahaja.