Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Kadang-kala apabila belum tiba musim durian, ada sahaja yang mencari-cari. Tetapi setibanya musim durian, sehinggakan tidak terluak durian yang dibeli. Jadi, daripada pembaziran, apa kata cuba lakukan resipi ringkas dan mudah serawa durian buat hidangan pencuci mulut.
Khasiat Durian
EH! kongsikan resipi serawa durian untuk anda cuba.
Bahan-bahan:
- 1 biji durian (Ambil isinya dan tidak perlu dibuang bijinya)
- 2 keping gula melaka (Cincang halus dan masak di dalam periuk bersama secawan air dan tapis)
- 3 cawan perahan santan (tidak perlu terlalu pekat)
- 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
- 1/2 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan yang sudah siap disedikan ke dalam periuk.
- Didihkan dan kacau sebati sehingga kuah agak pekat. Tambah gula jika perlu.
- Hidangkan bersama roti atau pulut.