Tatkala tiba musim perayaan, pastinya tibalah masa untuk pulang ke kampung halaman demi menyambut lebaran bersama seisi keluarga dan ibu bapa.
Gambar: shutterstock
Namun, boleh dikatakan sering kali orang mengabaikan kepentingan membawa cukup kelengkapan untuk pulang beraya, dek kerana fikirkan untuk menjimatkan ruang bagasi.
Dunia hari ini sudah semestinya sibuk dengan media sosial serta segala alatan gajet untuk kegunaan harian tidak kira di mana jua. Jadi, sebelum pulangnya ke kampung halaman, pastikan anda sudah menyediakan segala kelengkapan digital ini untuk dibawa pulang bersama ke kampung demi memudahkan segala yang diperlukan.
- Telefon pintar
- Komputer riba
- Pengecas telefon pintar
- Pengecas komputer riba
- Powerbank
- Pembelian kad topup
- Mp3 dan pengecas
- Kamera kompak dan pengecas
- Bateri lebih untuk kamera kompak
- Kad memori untuk kamera
- Wifi mudah alih supaya tak perlu berharap wifi percuma
- Tablet/iPad dan pengecas
- Selfie stick atau peranti selfie
- Cable untik pengecas dalam kenderaan
- Download lagu raya dan lagu favourite
- Wayar extension jika suis di kampung terhad
- Plug multi-pin sekiranya suis perlu dikongsi dengan ramai orang
Dan sebelum berangkat mungkin anda boleh buat backup dan kosongkan telefon atau kad memori yang penuh dengan gambar-gambar lama. Transfer kesemuanya dalam komputer peribadi, thumbdrive atau DVD untuk disimpan rapi. Jangan lupa buat label ya sebab nanti mudah untuk mencari semula foto lama anda.
Tetapi yang paling penting bagi anda yang menggunakan pelan post-paid, jangan lupa bayar bil ya! Tak mahulah nak balas mesej ucapan atau nak call orang tersayang atau sahabat pun nanti tersekat kerana line kena block!
Selamat Hari Raya semua!