Gambar: Chanel
Menuju cuti penghujung tahun, jenama terkenal dari Perancis, Chanel bersetuju untuk menampilkan haruman N°5 di dalam botol bersaiz kecil mengikut kesesuaian untuk kembara.
Botol terbaru haruman N°5 dari Chanel ini dikatakan boleh muat di dalam dompet wanita, tas tangan kecil ataupun clutch. Ianya bakal dipasarkan pada Oktober 16 di semua butik dan cawangan terpilih. Ia bersaiz lebih kecil, sesuai untuk dibawa kala kembara dan ideal untuk dibawa ke majlis rasmi.
Dua jenis haruman telah dipilih untuk botol terbaru bersaiz 35ml ini. Botol mudah bawa ini direka sama seperti rekaan botol Chanel N°5 iaitu N°5 Eau de Parfum dan N°5 Eau Premiere.
Haruman N°5 Eau de Parfum hadir dengan haruman bauan bunga Ros dan Jasmin berserta Hesperides dan nota vanila. Manakala N°5 Eau Premiere menggabungkan nota bunga ylang-ylang dari Pulau Comoro dengan bauan ros May dan Jasmin serta ditambah dos aldehydes, vanila dan musk.