Gambar: Instagram Fara Fauzana
Sejurus selepas berlangsungnya malam Anugerah Juara Lagu ke-30 Ahad lalu, pengacara majlis gilang-gemilang, Fara Fauzana dikritik melalui busananya pada malam itu.
Pada mulanya, Fara tampil dengan persalinan hijau biru laut rekaan Lynda Rahim pada ketika majlis berprestij itu berlangsung. Pada awalnya ramai penonton memberikan komen di laman sosial kerana potongan yang dikatakan tidak bersesuaian serta lengan Fara kelihatan besar di kaca tv. Separuh masa selepas itu, Fara tampil dengan busana serba hitam dengan perincian merah padat di bahagian leher serta bertudung merah.
Sekali lagi di laman sosial, muncul penonton yang terlebih kreatif menyamakan gaya Fara umpama watak animasi ayam belanda dalan sebuah filem. Walaupun ada pelbagai komen negatif yang dilemparkan, Fara tidak mudah melatah dan bijak mengawal situasi dengan memberi penerangan melalui akaun Instagramnnya.
Gambar: Instagram Fara Fauzana
Dengan bersifat profesional, Fara menerima kritikan dengan tenang dan tidak mahu pereka fesyen disalahkan, sebaliknya menegaskan ia adalah kerana bentuk tubuhnya dan bukan rekaan.
Gambar: Instagram Fara Fauzana
Busana serba hitam itu adalah hasil rekaan pereka fesyen tersohor, Rizalman Ibrahim. Menurut Rizalman dalam akaun Instagram, busana yang digayakan Fara pada malam tersebut adalah daripada koleksi sedia ada tahun lalu. Bahkan, menurut pereka fesyen ini lagi, Fara terpaksa meminjam busana tersebut di saat akhir kerana pakaian oleh pereka fesyen lain yang sepatutnya gayakan pada malam itu agak tidak bersesuaian dengan tema AJL.
Pada malam tersebut, Dayang Nurfaizah turut mengenakan busana hasil rekaan Rizalman nyata mencuri perhatian ramai yang menerapkan elemen juntaian manik serba emas. Dan masih ada komen yang diutarakan netizen yang rekaan ini umpama koleksi Balmain. Bagaimanapun Dayang kelihatan menawan ketika membuat persembahan dan dinobatkan vokal terbaik AJL30.
Gambar: Instagram Dayang Nurfaizah