Oleh : Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
Tanggal 29 April 2016 genaplah lima tahun perkahwinan buat Putera William dan Duchess of Cambridge, Kate Middleton. Pasangan Diraja Britain ini berkahwin pada 29 April 2011 setelah mengikat tali pertunangan pada 20 Oktober 2010.
Duke dan Duchess Britain ini dikatakan akan menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka secara sederhana selepas pulang dari kembara besar mereka ke India dan Bhutan. Mereka khabarnya akan memahat nama di atas kayu sebagai tanda sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5.
Pada hari bersejarah perkahwinan pasangan Diraja ini lima tahun lalu, Kate tampil di majlis perkahwinan mereka dengan gaun bermaterialkan fabrik satin serta renda rekaan rumah fesyen Alexander McQueen. Gaun kahwinnya itu turut menjadi inspirasi ramai pengantin di seluruh dunia.
Detik bersejarah tersebut juga turut disaksikan oleh rakyat jelata Britain serta seluruh dunia yang menontonnya secara langsung dari kaca TV. Hasil perkahwinan Putera William dan Kate Middleton mereka dianugerahkan dua orang cahaya mata setakat ini : Putera George yang berusia dua tahun dan Princess Charlotte kini berusia 11 bulan.
EH! kongsi gambar perkahwinan Putera William dan Kate Middleton lima tahun lalu untuk imbas kembali detik bersejarah itu.
[soliloquy slug=”prince-william-dan-kate-anniversary”]