Kerana kedekut tiga minit, anda sebenarnya memusnahkan masa depan kulit anda. Ketahui perkara yang berlaku jika tidur dengan wajah bermekap.
Gambar : shutterstock
Penat atau malas, itu dua alasan yang mungkin selalu digunakan oleh mana-mana perempuan yang selalu tertidur dengan mekap masih di muka. Dan sepanjang saya bekerja di EH! dan menemu bual ramai dermatologi (dalam dan luar negara), kesemuanya mengingatkan semua wanita usah sesekali tidur dengan solekkan masih di wajah. Malah ramai selebriti yang saya temui juga menyatakan hal yang sama, sepenat mana pun mereka akan pastikan muka dicuci bersih sebelum tidur.
Apa sebenarnya yang terjadi jika kita tidur dengan wajah masih bersolek? Percayalah tiada satu pun manfaat selain anda rasa anda tidur dengan cantik bagaikan Sleeping Beauty. Di sini saya bariskan apa sebenarnya yang terjadi bila anda tidur dengan muka masih bermekap.