Gambar : shutterstock
Primer sangat penting untuk memastikan kedutan dan pori wajah tidak kelihatan. Dengan primer, bedak asas akan tampak lebih sekata dan tidak bercapuk.
Primer juga boleh membuatkan solekan pada wajah tahan lebih lama. Ada sesetengah primer mengandungi manfaat pada wajah seperti melembap atau melambatkan kesan penuaan.
Tetapi ada caranya untuk menggunakan primer dengan betul. Ketahui cara-cara memakai primer yang EH! kongsikan di bawah.
Sabar.
Berikan pelembap atau krim tabir suria anda meresap masuk ke dalam kulit untuk beberapa minit terlebih dahulu dan kemudian barulah sapu primer sebelum mengoles item solekan yang lain.
Berjimat dalam menggunakannya.
Pabila anda terlebih menggunakan primer, ia akan terkumpul di bawah lapisan bedak asas. Amaun yang anda perlukan untuk kulit wajah adalah sebesar buah kismis. Sapu rata pada kulit wajah seperti anda menggunakan pelembap wajah.
Sesekali gunakan dalam kadar yang perlu sahaja.
Jika anda sebenarnya mahukan lapisan primer hanya untuk mengaburi kesan kedutan pada wajah, anda hanya perlu gunakan primer di bahagian tersebut sahaja. Picit sedikit primer pada bahagian belakang telapak tangan sebesar benih buah labu dan tepukannya dengan jari. Gunakan berus bedak asas untuk menyapu rata di atas bahagian kedutan kulit wajah.
Berikan sedikit masa untuk primer mengering sebelum mengoles bedak asas.
Primer adalah produk kecantikan yang agak licin pada teksturnya, jadi ia membuatkan bedak asas mudah untuk disebatikan bersama. Tetapi, jika anda menggunakan primer untuk menutup cela pada wajah, mengoles bedak asas pada wajah boleh merosakkan primer tersebut. Gunakan pelembap wajah jernih (tinted) atau bedak asas dengan jari anda, dan gunakan span solekan untuk memberikan efek sekata pada solekan wajah.
Akhiri dengan bedak translucent (lut sinar)
Jika anda menggunakan bedak asas jenis cecair atau pelembap tinted, sapukan bedak translucent. Jika tidak, air yang terkandung di dalam bahan solekan anda dan silikon yang ada di dalam kebanyakkan primer akan bersaing antara satu sama lain. Jika anda menyentuhnya, kedua-dua tersebut akan pudar begitu sahaja.