Gambar : Instagram Kamal Adli
Baru-baru ini, perhubungan cinta antara Emma Maembong dan Kamal Adli dikatakan sedang mengalami pergolakan dan ada juga yang mengatakan yang ia sudah pun berakhir pabila melihat dari post di Instagram milik pasangan selebriti ini.
Menurut laporan BH Online, Kamal sendiri memaklumkan yang dirinya masih lagi berharap agar hubungannya dengan Emma boleh diperbaiki semula dan semahunya membawa terus hubungannya itu ke peringkat yang lebih serius, yakni berkahwin.
Bahkan, Kamal turut menguatkan yang punca pergolakan hubungan mereka bukannya atas sebab orang ketiga, namun Kamal menyalahkan dirinya sendiri yang sehingga membuatkan Emma berkecil hati.
“Apa yang terjadi antara kami tiada kena mengena dengan orang ketiga. Kesalahan patut dituding kepada saya. Sebagai manusia biasa, banyak perkara yang perlu saya perbetulkan. Setiap hubungan juga ada fasa turun naik. Saya mohon maaf atas kekhilafan itu. Pastinya saya bukan main-main malah serius dalam perhubungan ini selain ingin memperisterikannya. Fakta yang tidak boleh diubah adalah saya sangat sayang insan bernama Emma Maembong. Saya juga tidak mahu hubungan kami berakhir separuh jalan. Hubungan ini akan saya selamatkan selagi terdaya,” kata Kamal kepada BH Online.
Kamal dalam masa yang sama menyatakan yang dirinya tidak mahu melalui lagi proses putus cinta yang pernah dirinya lalui sebelum ini. Bahkan, pelakon popular itu mahukan hubungannya dengan Emma berkekalan sehingga jinjang pelamin.
“Saya pun bukan makin muda. Jadi, saya harap yang di luar tidak pantas menghakimi hal ini. Beri masa kepada kami. Saya minta peluang dan doakan yang baik untuk kami berdua,” katanya.
Semoga hubungan Kamal Adli dan Emma Maembong boleh baik kembali seperti sebelum ini dan kekal sehingga jinjang pelamin.