Orang-orang Brazil memang mempunyai paras yang menarik dan unik. Ramai model-model yang melintasi pentas peragaan fesyen saban musim berasal dari sana.
EH! bariskan tujuh model ternama dunia yang berasal dari negara jaguh bola sepak dunia itu.
Gisele Bundchen
Bukan saja di Brazil, malah dia adalah model berpendapatan paling tinggi menurut Forbes. Khabarnya pendapatn Gisele setakat ini sudah mencecah US$360 juta. Gisele juga mempunyai rangkaian selipar dan pakaian dalam sendiri.