Baru-baru ini program hangat MeleTop yang di bawah saluran Astro Ria telah pun menyiarkan aksi parodi video klip lagu Crush duet antara Yuna dan Usher. Video tersebut juga dimuat naik di laman sosial serta telah pun menjadi viral.
Video parodi yang menyaksikan Jihan Muse beraksi sebagai Yuna dan Shuk SYJ sebagai Usher itu disifatkan Yuna sebagai menghina rakan duetnya itu dan boleh menjejaskan karier nyanyiannya. Bagi Yuna video parody tersebut tidak sepatutnya disiarkan kena ia seakan menghina masyarakat atau bangsa yang berkulit gelap.
Gambar : Malay Mail Online
Yuna turut menulis di laman Facebook miliknya ,“Kawan-kawan semua, saya harap kamu semua tahu bahawa parodi yang dilakukan mereka (Astro) boleh menyebabkan karier saya di negara ini berakhir. Tindakan itu biadab dan tidak menghormati rakan saya Usher.”
Sebelum ini video persembahan Yuna bersama Usher di Los Angeles menjadi trending di media sosial apabila ramai yang mempersoalkan tindakan Usher memeluk Yuna.
Dalam video parodi tersebut, Jihan turut melakonkan adegan berkenaan. Yang mencetus kemarahan Yuna lagi ialah apabila Shuk yang dipilih untuk melakonakan watak Usher tampil berwajah gelap dan ini sekaligus membangkit sikap perkauman bagi penyanyi yang menetap di Amerika itu.
Yuna menyatakan yang sekiranya Usher sendiri melihat video berkenaan, pastinya beliau tidak akan mahu lagi menerima sebarang kerjasama bersama selebriti dari Malaysia.
Yuna turut meminta agar semua pihak agar berhenti dari berkongsi video parodi berkenaan. Dalam pada masa yang sama, pihak program MeleTOP telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Twitter rasminya hari ini.
yang disiarkan pada Selasa, 2 Ogos 2016 semasa siaran langsung di MeleTOP pukul 9.00 malam yang lepas. #MeleTOP
— MeleTOP (@MyMeleTOP) August 3, 2016
We would like to sincerely apologize to Yuna & Usher for our recent parody video, which was poor judgement on our part. #MeleTOP
— MeleTOP (@MyMeleTOP) August 4, 2016