Oleh : Farhana Fuad
Gambar : TPGimages
MTV VMA 2016 telah pun berlangsung dengan penuh kemeriahan yang menjadikan Beyonce menang besar dengan video muziknya yang berjudul Formation dinobatkan sebagai Video Terbaik untuk anugerah tahunan ini.
Buat anda yang ketinggalan untuk menonton acara muzik yang penuh gemilang ini di kaca TV, pastikan anda tidak terlepas untuk menonton persembahan hebat di pentas VMA 2016 yang EH! kongsikan ini.
The Chainsmokers featuring Halsey – Closer
Halsey buat pertama kalinya membuat persembahan secara langsung di atas pentas bersama Andrew Taggart The Chainsmokers. Masing-masing memberikan persembahan yang agak intim menyanyikan lagu hit mereka yang bertajuk Closer yang boleh kata too close!
Ariana Grande featuring Nicki Minaj – Side To Side
Ariana Grande dan Nicki Minaj conquered the stage memberikan persembahan untuk lagu duo hit mereka Side To Side bertemakan gym-centric rendition. Masing-masing tampil dengan penampilan seksi serba pink.
Rihanna – Work
Persembahan kedua Rihanna di atas pentas VMA 2016 membawakan ke semua penari dan sahabatnya di atas pentas dengan set yang bertemakan dancehall.
Britney Spears Featuring G-Eazy – Make Me
Buat sekian lama setelah hampir satu dekad tidak beraksi di atas pentas, Britney Spears kembali membuat persembahan di pentas VMA 2016 bersama G-Eazy untuk lagu single hit mereka berjudul Make Me.
Beyonce – Lemonade (Hold Up, Sorry dan Formation)
Pemenang Video Terbaik VMA 2016, Beyonce membuat persembahan yang ternyata jaw-dropping dengan beberapa lagunya di dalam album ke-6 yang berjudul Lemonade. Antara lagu yang dipersembahkan termasuklah Hold Up, Sorry dan Formation.