Oleh : Julia Azman
Gambar : Sumber Google
Penerima anugerah lifetime achievement, Michael Jackson Video Vanguard 2016 yang turut menampilkan bukan satu tapi empat persembahan berbeza ritma rentak lagu penuh bertenaga. Jangan lupa, Rihanna juga digelar ikon fesyen dan dia tampil dalam pelbagai seleksi persalinan menarik. Thanks to her! Pentas VMA 2016 hidup dengan elemen fesyen up-to-date.
1. PERSEMBAHAN 1– PINK FAIRY
Padanan antara bodysuit Cookie Ringer dari Hood by Air dalam palet rona merah jambu yang direka khas bersama korset berlengan dan seluar longgar sangat menampakkan gaya favourite RiRi. Lebih menarik ditambah pula dengan aksesori kaca mata bersegi,Cutler and Gross dan kasut berbulu, Comme des Garçons.
2. PERSEMBAHAN 2– BARBADOS MOOD
It’s her thing! Persembahan kedua lebih meriah dengan susunan lagu dari Rude Boy, What’s My Name hinggalah Work. Dia tampil dalam persalinan fancy dan boyish seperti bra berbulu, baju-T putih dijadikan hoodie, aksesori kepala durag, stokin fishnet hijau dan seluar tailored.
3. PERSEMBAHAN 3- HIGH FASHION GIRL!
Persalinan untuk persembahan ketiga ini hampir sama konsep dengan persalinan konsert jelajahnya tetapi diberikan padanan lebih ekstravaganza dan eksklusif. Persalinan leotard dan kasut but over-the-knee dari Vetements yang berkolaborasi bersama Manolo Blahnik dan dilengkapkan bersama sarung tangan baldu jemeki, Juicy Couture. Walaupun ada yang mengkritik tidak suka dengan lipatan sebelah kasut butnya tetapi bila sudah namanya ikon stail, pakai macam mana pun tetap nampak bergaya.
4. PERSEMBAHAN 4- HAUTE COUTURE PRINCESS
Mengakhiri persembahan penuh classy dan live! Dia mengenakan gaun kembang bersama tali gromet dari himpunan Haute Couture Alexandre Vauthier.
5. AFTER PARTY LOOK
Walaupun show di pentas VMA 2016 berlalu, Rihanna masih lagi gigih menggayakan persalinan paling menarik! Jumpsut berambu rona hijau menyerlahkan lagi tubuh badannya dan dia tampak begitu ceria