Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Sumber Google dan Getty Images
Pereka fesyen dari Indonesia, Anniesa Hasibuan melakar sejarah apabila koleksi fesyen rekaannya yang mengetengahkan gaya hijab dipentaskan di New York Fashion Week 2016.
Koleksinya yang berinspirasikan aura fesyen dari negeri kelahirannya iaitu Jakarta digayakan bersama celana panjang, sut, kimono, tunik dan gaun labuh dengan warna-warni kain bermaterialkan silk.
Industri fesyen dunia banyak memandang rendah pada gaya yang diketengahkan wanita berhijab, tetapi dengan koleksi rekaan pereka fesyen yang baru sahaja berusia 28 tahun ini, nyata membuka mata segelintir masyarakat yang stereotaip akan wanita yang bertudung.
EH! kongsikan gambar koleksi Anniesa Hasibuan di pentas NYFW2016.