Oleh : Farhana Fuad
Setiap almari baju tidak lengkap jika tidak diisi dengan baju-T putih. Ia sudah jadi item fesyen penting walaupun ia tampak simple dan ringkas. Helaian versatil ini punya banyak cara untuk menggayakannya.
Anda hanya perlu tahu cara dan tip penggayaannya agar ia tampak lebih stylish biar ke mana anda gayakannya.
EH! kongsikan tip penggayaan baju -T putih untuk anda cuba.
1. Padankannya dengan sut atau blazer untuk gaya formal yang lebih chic. Gaya yang cukup sesuai kala ke pejabat
Gambar : www.brands-list.com
2. Gayakan dengan skirt pinggang tinggi (high-waisted skirt) untuk tampil lebihchic. Tambah rantai dempak untuk menghidupkan padanan minimalis ini.
Gambar : mom.girlstalkinsmack.com
3. Tambah skarf bercetak dan distailkan bersama baju-T putih untuk menyuntik kelainan pada penampilan. Corak dan gaya ikatan skarf juga boleh diubah-ubah mengikut mood anda. Skarf bercorak dan berwarna-warni menyuntik mood ceria, dan corak yang lebih serius (monokrom misalnya) sesuai untuk gaya yang lebih serius.
Gambar : www.celebritystylesource.com
4. Jadikan baju-T sebagai lapisan dalam untuk penggayaan bersamaoveralls denim. Gaya jalanan ini ringkas dan anda boleh hidupkan elemen sukan dengan menyarung sniker.
Gambar : www.justthedesign.com
5. Pakai baju-T putih digandingkan bersama celana jean putih serta blazer untuk gaya smart kasual. Suai padan ini tampak ringkas namun anda boleh hidupkannya dengan padanan kasut dan beg yang sesuai. Bila latarnya berwarna putih maka mudah untuk anda bermain warna.
Gambar : lookastic.com