Restoran Yen yang terletak di W Kuala Lumpur menyajikan hidangan klasik Cina dalam dekorasi imperial mewah dengan sentuhan moden.
Terletak di aras 11 di W Kuala Lumpur, restoran Yen menampilkan ruang chic dalam membiaskan dekorasi imperial dengan konsep avant-garde. Restoran yang menyajikan hidangan Kantonis ini turut menggabugkan pengalaman gastronomi harmoni yang sosial serta sofistikated.
Walaupun diinspirasikan daripada tradisi terdahulu, Cef Eksekutif Weng menggunakan imaginasinya dalam interpretasi citarasa Kantonis yang lebih kontemporari. Hidangan dim sum tampil berbeza bila disatukan bersama foie gras, ayam bersama keladi rangup, rusuk wagyu grain-fed yang dimasak perlahan bersama herba Cina dan banyak lagi. Tidak dilupakan, setiap sajian akan dihidangkan bersama teh Cina yang terbaik di dunia.