
1- Serena Williams
Mungkin gelaran jaguh tenis dunia tidak mencukupi baginya, Serena Williams juga mahu menjadi pengantin ‘termahal’ apabila harga gaun perkahwinannya mencecah £2,695,000, ya anda tidak tersalah baca. Jika ditukarkan nilainya ke mata wang kita, mencecah RM15 juta.
Serena berkahwin dengan Alexis Ohanian pada tahun 2017 dan dia memilih untuk menyarung gaun ilham Sarah Burton untuk Alexander McQueen. Dalam satu temubual bersama majalah America Vogue, Serena memberitahu bahawa dia terbang ke London untuk bertemu Sarah dan terus jatuh cinta apabila melihat gaun kembang yang direka oleh pereka British itu. “Ia sesuatu yang berbeza dari apa yang saya bayangkan selama ini,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: 12 Selebriti Wanita Paling Banyak Kali Berkahwin