EH! menyorot 10 gaya menarik di CFDA Awards 2022 yang berlangsung di Manhattan, New York City semalam.
CFDA Awards, acara tahunan anjuran Council of Fashion Designers of America berlangsung malam tadi dan tahun ini menyaksikan ikon fesyen era baharu, Kim Kardashian dianugerahkan Innovation Awards hasil ciptaan jenama baju dalam dan lungewear, Skims. Turut yang naik ke pentas menerima anugerah ialah Lenny Kravitz yang dipilih sebagai penerima Fashion icon 2022.
Kim Kardashian
Sudah beberapa bulan rasanya tidak melihat kelibat bintang realiti ini di karpet merah dan untuk CFDA tahun ini di hadir dalam balutan gaun ketat lateks ilham Dolce & Gabbana.