Buat penggemar filem Harry Potter, kini anda harus miliki koleksi Cotton On baharu menampilkan siri rekaan Potterhead yang unik dan bergaya!
Jenama fesyen global terbesar Australia, Cotton On kini sedang meraikan ulang tahun ke-25 pelancaran buku Harry Potter and The Philosopher’s Stone, dalam koleksi baharunya, Cotton On Oktober ’22. Masih mengekalkan gaya klasik yang digemari, Cotton On menghidupkan almari pakaian anda dengan seleksi utama, Jean Slim-Straight di bawah barisan lelaki yang direka untuk keselesaan dalam warna denim biru klasik.
Tidak ketinggalan, Cotton On BODY turut melancarkan koleksi Little Miss dan Mr Men sebagai pergerakan ekspresi diri dalam koleksi Cotton On Oktober 2022. Rangkaian pakaian santai ini terangkai dalam siri baju tidur baju-T 90-an, topeng mata, baju tidur jersi dan seluar pendek tidur yang sepadan untuk keselesaan maksimum.
Cotton On x Harry Potter
25 tahun sejak tayangan Harry Potter and The Philosopher’s Stone dan 20 tahun tayangan perdana filem pertama Harry Potter, Cotton On kali ini membawakan gaya istimewa bersama Warner Brothers dengan memperkenalkan koleksi Kapsul Harry Potter yang magikal tersedia untuk wanita.
Elemen ahli sihir dan wakil rumah Harry Potter ini merangkumi topi, beg-tote dan sweatshirt dengan cetakan ikonik dipadankan dengan Petite Flare Jeans dan Sneakers Cara Lace Up, pasti melengkapkan penampilan Potterhear anda!
The New Slim-Straight Jean
Gaya klasik jeans ini pastinya memenuhi keselesaan untuk para lelaki. Das sentuhan fabrik The New Slim-Straight Jean ini membawakan kita kembali kepada zaman klasik dengan anggukan fesyen dadcore. Siluet yang ringkas ini boleh dipadankan dengan pelbagai warna pilihan baju, tampak kasual dimana saja anda berada.
Serlahkan gaya Potterhead dalaman anda dengan layari laman rasmi Cotton On atau pembelian di cawangan Cotton On terdekat dan lihat halaman Instagram Cotton On untuk kemas kini terkini!
Artikel berkaitan: Koleksi Terbaharu Musim Luruh Mark & Spencer