Meriahkan lagi Aidilfitri dengan pelancaran koleksi Raya terbaru tahun 2026! EH! senaraikan 15 selebriti yang menjadi duta bagi pelbagai jenama fesyen tersohor.
Siapakah yang bergelar duta bagi jenama-jenama terkenal untuk musim perayaan kali ini? Bukan sekadar mencuri perhatian dan menjadi wajah kempen, malah mereka memainkan peranan penting dalam membentuk identiti jenama, menyuntik inspirasi gaya, serta menghidupkan semangat Syawal dengan penuh pesona dan eksklusiviti.
Ini antara 15 selebriti antara duta himpunan Raya 2026 bagi jenama-jenama terkenal dipilih bagi menampakkan dan menghangatkan lagi Aidilfitri tahun ini.
Mimi Lana – Alia B

Mimi Lana tampil sebagai wakil Malaysia dan menjadi muse untuk koleksi MIRAGE serta pentas peragaan fesyen oleh Alia B. Dengan menggayakan baju raya hitam dari koleksi NIKITA, Mimi Lana terlihat sungguh chic dan moden sesuai untuk gaya Aidilfitri tahun 2026!
Amira Othman, Fattah Amin, Scha Al-Yahya dan Hael Husaini – AMBER
Pasangan suami isteri, Amira Othman dan Fattah Amin sebagai duta AMBER bagi Raya Amber Eid’s: Time For Love 2026 menghangatkan lagi koleksi tahun ini.
Scha Alyahya dan Hael Husaini pula menonjolkan pakaian tradisional dengan sentuhan kontemporari sempena koleksi yang sama demi memeriahkan lagi raya 2026.
Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad – ARIANI

Datin Lisa Surihani, Bella Dally, dan Uyaina Arshad diangkat sebagai duta utama jenama fesyen Malaysia, Ariani. Mereka menjadi wajah kempen besar, termasuk koleksi Ariani Layar Raya 2023 dan 1001 Tales of Ariani 2024.
Hun Haqeem dan Erysha Emyra – Dr Cardin
Hun Haqeem dan Erysha Emyra telah menyerikan majlis pelancaran koleksi Aidilfitri 2026 bagi jenama lokal, Dr. Cardin. Kerjasama ini mempersembahkan koleksi yang memadukan keselesaan dengan gaya moden khas untuk musim perayaan.
Daiyan Trisha – Ynalee

“Primadona Raya 2026” diperkenalkan sebagai antara koleksi istimewa Raya Ynalee tahun ini, dengan Daiyan Trisha diangkat sebagai muse utama yang menghidupkan koleksi tersebut. Kaftan DAIYAN tampil memukau dalam Poplin Kapas Itali, dihiasi sulaman penuh serta kilauan manik berlian.
Meerqeen – Elrah Exclusive

Meerqeen kini menjadi wajah utama Elrah Exclusive, tampil lebih segak menonjolkan busana tradisional moden, sambil memperkukuh imej jenama sebagai simbol fesyen eksklusif dan sofistikated.
Amelia Henderson – FIZIWOO

Dibintangi dalam filem fesyen pendek berjudul “DINDA” yang menonjolkan keanggunan busana tradisional moden, Amelia Henderson adalah renungan pilihan untuk koleksi FIZIWOO Raya 2026. Seperti yang dijangka, Amelia tampak sangat jelita dan ayu mengenakan baju raya dari FIZIWOO.
Ernie Zakri dan Syamel – Bulan Bintang
Ernie Zakri dan Syamel kembali secara rasmi sebagai duta jenama bagi kempen Raya 2026 oleh Bulan Bintang, meneruskan kolaborasi mereka sejak tahun-tahun sebelumnya. Lebih-lebih lagi dengan cameo anak kecil mereka, Nur Khawla Soleha menambah keceriaan kempen.






