Mencari tema fesyen Halloween untuk majlis atau sekadar hiburan peribadi?
Halloween dah makin dekat dan seperti biasa inilah masa semua orang nak tampil dengan gaya paling wow!
Sama ada nak jadi karakter seram, comel, atau glam, pilihan kostum tahun ni memang banyak dan penuh inspirasi. Dari watak filem yang tengah trending sampai karakter lama yang kembali viral, semua ada!
7 fesyen karakter Halloween paling popular 2025 yang bakal mencuri tumpuan di setiap parti.
1. Rumi (Demon Hunters)
Karakter utama dalam animasi K-Pop Demon Hunters di siaran Netflix, Rumi antara karakter paling popular dan mungkin bakal menjadi pilihan kostum paling popular tahun ini. Penampilan yang senang digayakan, hanya sarung jaket serta seluar jeans pendek, namun mungkin perlu memberi usaha lebih pada perincian rambut tocang berwarna unggu!
2. Gladys Lilly (Weapons)
Jika anda menonton filem seram Weapons, anda pasti mengingati karakter Gladys Lily, watak antagonis utama dan dia merupakan seorang ahli sihir yang kejam.
Mendakwa dirinya sebagai ahli keluarga Lilly, “makcik” kepada Alex, Gladys bertanggungjawab atas kehilangan tujuh belas orang kanak-kanak dari Sekolah Rendah Maybrook. Apa yang menarik tentang dirinya, ialah gaya solekan umur 60 tahun, kesan kedutan kulit dan penampilan rambut palsu petak, yang membuatkan anda tak senang duduk.
3. Elphaba (Wicked: For Good)
Elphaba membawa semula daya tarikan klasik sihir dengan nuansa haute couture. Gaun hitam berlapis tulle, topi lebar dramatik dan solekan hijau menjadikan penampilan ini theatrical yet timeless. Anda boleh gayakan sarung tangan panjang satin hijau atau aksesori kristal untuk kesan dramatik ala Broadway.
4. Sonny Hayes (F1 2025)
Dari litar ke pentas Halloween! Sonny Hayes memberi gaya athleisure chic yang selesa. Sut perlumbaan direka semula dengan potongan tailored-fit, dilengkapkan dengan but kulit dan cermin mata aviator.
5. Jinu (Demon Hunters)
Watak Jinu menyerlah dengan aura dark hero yang misterius. Lapisan kain berat seperti baldu dan kot panjang memberi kesan dramatik. Untuk penampilan yang lebih fashion, mainkan palet monokrom dengan aksesori topi besar dan cincin besar berinspirasikan gothic.
6. M3GAN 2.0
Gaun berpotongan A-line rona beige lembut, diserikan dengan reben leher oversized dan stoking belang menjadi signatur gaya M3GAN. Untuk versi fesyen sebenar, ganti gaun klasik dengan mini dress struktur dan reben satin dramatik. Untuk kesan dramatik, sembur sedikit cecair warna merah pada baju untuk kesan darah.
7. Clown in a Cornfield
Klasik tetapi kekal ikonik, trend badut seram tahun ini muncul semula dalam gaya camp horror. Kostum badut menampilkan potongan puff, warna berani dan solekan ekstrem. Bagi sentuhan lebih efektif, padankan dengan jaket kulit atau but platform tinggi.