Serlahkan gaya Raya anda dengan koleksi tas tangan pilihan yang kami himpunkan khas buat anda!
Bukan sekadar pelengkap gaya, tas tangan juga memainkan peranan penting dalam menyerlahkan personaliti dan cita rasa fesyen anda. Di pagi Syawal yang penuh bermakna, pemilihan tas tangan yang tepat mampu menaikkan seri busana, menjadikan penampilan anda tampil lebih anggun, sofistikated dan memikat.
Daripada rekaan klasik yang malar segar hingga siluet moden yang versatil, setiap pilihan bukan sahaja praktikal untuk menyimpan keperluan peribadi, malah menjadi statement gaya yang mencuri perhatian.
EH! senaraikan tujuh tas tangan pilihan kami untuk anda miliki lebaran ini, sempurna untuk melengkapkan gaya Raya anda dengan sentuhan elegan dan penuh pesona.
Michael Kors Hamilton Moderne
Memperkenalkan kembali beg ikonik daripada Michael Kors, Hamilton Moderne tampil dengan gaya warisan klasik yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Direka sebagai carryall yang versatil dan elegan, beg ini pasti menjadi pilihan utama anda untuk digayakan pada pagi Syawal hingga ke rumah terbuka seterusnya.
Harga: RM1,550
Celine Small Triomphe Frame
Tampil eksklusif dan penuh sofistikasi, Small Triomphe Frame in Python daripada Celine menyerlahkan gaya klasik dengan sentuhan moden yang mewah. Direka dengan siluet berstruktur (structured frame), beg ini memberikan rupa yang kemas dan elegan, sempurna untuk digayakan ketika majlis istimewa mahupun sambutan hari raya.
Harga: RM26,500
Longchamp Le Foulonné S Handbag
Anggun dan praktikal, beg ini daripada Longchamp menampilkan kulit bijian halus dan siluet berstruktur yang sofistikated. Saiz kompak sesuai untuk simpan keperluan harian, dengan pemegang atas dan tali panjang untuk gaya handbag atau crossbody. Chic, versatile, dan timeless.
Harga: RM3,665
Coach KISSLOCK FRAME BAG 27
Ringkas tetapi bergaya, Soleil Small Shoulder Bag daripada BONIA menampilkan kulit berkualiti tinggi dengan siluet kompak yang sofistikated. Sesuai untuk simpan keperluan harian, dengan tali bahu praktikal untuk digalas sepanjang hari. Chic, versatile, dan ideal untuk gaya raya yang elegan.
Harga: RM1,099
Miu Miu Caprice leather clutch
Caprice Leather Clutch daripada Miu Miu menampilkan kulit halus berkualiti tinggi dengan reka bentuk kompak dan sofistikated. Sesuai untuk simpan keperluan kecil seperti telefon dan kosmetik, beg ini sempurna digayakan pada majlis raya atau acara istimewa. Chic, timeless, dan penuh gaya.
Harga: RM11,500
Baby Veneta daripada Bottega Veneta menampilkan kulit intrecciato signature yang mewah dengan reka bentuk kompak. Sesuai untuk menyimpan keperluan kecil seperti telefon dan dompet pada majlis raya atau acara istimewa. Chic, timeless, dan elegan.
Harga: RM14,100







