|
Melengkapkan gaya dengan aksesori adalah padanan tepat untuk mencipta statement tersendiri. Apatah lagi jika harga yang dipancing, mengundang rasa berbaloi untuk terus memilikinya. Bagi mereka yang ingin meluaskan lagi pilihan di mata, barangkali aksesori dari LIMA blogshop ini mampu menjimatkan lagi masa berbelanja! |
Soak Republic
Rekaan berinspirasikan etnik, feminin mahupun fashion forward, Soak Republic ada semuanya! Sarat dengan perincian unik, aksesori yang ditawarkan mempunyai ciri-ciri tarikan yang sungguh mempesonakan. Dari rekaan klasik hingga kontemporari, Soak Republic sentiasa mencari kelainan dalam rangkaian aksesori untuk dimiliki sesiapa sahaja.
Aksesori dengan gaya mewah lagi ikonik ini hanya boleh didapati di www.soakrepublic.com.
Twist
Mereka yang sukakan gaya statement, berani untuk tampil lain daripada yang lain juga penggemar aksesori berperincian unik, layari blogshop Twist! Menawarkan rekaan aksesori yang eksentrik dan classy, anda tidak perlu berbelanja lebih kerana harga aksesori mereka amat berpatutan. Memandangkan Aidilfitri kali ini mengundang aneka rekaan busana yang kontemporari daripada pereka tempatan, aksesori dari Twist mampu menyempurnakan lagi penegasan gaya anda!
Cantik, unik juga high fashion, aksesori aneka pilihan ini boleh didapati di http://www.facebook.com/twistsalonandboutique
My Vanity Closet
Sebuah lagi blogshop yang mendapat perhatian laman sesawang EH! tatkala melihat harga aksesori yang tertera amat berpatutan! Apatah lagi rekaan setiap pilihan aksesori yang ditawarkan menjadi kegilaan generasi muda hari ini. Selain sesuai untuk dipadankan mengikut gaya harian ke kelas mahupun pejabat, My Vanity Closet turut menyediakan aksesori dengan rekaan menawan untuk dipakai kala Lebaran.
Aksesori dengan harga antara RM8 hingga RM25 ini boleh didapatkan di www.myvanitycloset.blogspot.com
Whimsical & Quirky
Laman sesawang EH! memilih blogshop Whimsical & Quirky kerana kreativiti pemiliknya dalam menghasilkan aksesori buatan tangan yang begitu mempesonakan. Menggunakan bahan-bahan seperti dawai loyang berona emas, loyang tembaga mahupun gangsa juga batu quartz, mutiara dan batu opal, aksesori kelihatan mewah dengan ciri artistik agung. Apatah lagi setiap rekaan diberikan teknik ulitan dan corak yang berbeza, menambahkan lagi nilai estetika yang tinggi.
Aksesori penuh klasik, mewah dengan sulaman nilai vintage ini hanya boleh didapati di www.whimsicalnquirky.com.my.
Merah Cinta Hati
Aksesori cekak rambut antara item paling sesuai untuk menyerlahkan gaya sweet and girlish pada si gadis. Tidak terhad pada pemakaian cekak rambut berona hitam, anda juga boleh memadankan aneka rona mengikut tema rona baju yang disarung. Trend memakai cekak rambut juga kian menjadi hit di pentas peragaan menerusi pertunjukan fesyen koleksi Hari Raya milik pereka tempatan yang diadakan, baru-baru ini.
Tambahkan koleksi cekak rambut buatan tangan ini hanya di www.merahcintahati.blogspot.com