Tiada apa yang menggembirakan selain bertemu sanak saudara di Aidilfitri. Apatah lagi busana indah yang menyarung tubuh melengkapkan lagi warna-warni suasananya. Seringkas mana sekalipun, berikan sedikit sentuhan anggun bagi mencipta persona si ayu.
[tab:Nurita Harith]Nurita Harith
“Untuk mereka yang berjiwa lembut, chic dan elegan”
Rona pastel menjadi pilihan pereka jelita, Nurita Harith bagi koleksi busana raya kali ini. Disulami elemen rekaan kaftan, baju kurung Kedah dan gaun labuh, setiap busananya tidak lari daripada imej nan lembut dan feminin. Perincian tidak sarat pula menambahkan lagi gaya eksklusif si pemakai. Biarpun tidak beraksesori, busana Nurita sudah memadai dengan solekan natural dan sepatu yang menawan.
Zery Zamry Berbeza dengan rona pilihan Nurita, cetusan warna yang kuat memancar dari koleksi pereka yang gemar memasak, Zery Zamry. Menggunakan fabrik satin, setiap rekaannya diberi sentuhan kontemporari tetapi masih tidak lari daripada elemen tradisional. Perincian di bahu pula seolah-olah menjadi statement bagi pereka ini. Aksesori? Hanya kelopak bunga disanggulkan and you’re ready to go! Pastinya koleksi Zery lebih menyerlah pada malam hari, tatkala bertandang ke rumah sanak saudara. |
|
[tab:Alia Bastamam]
Alia Bastamam Masih terasa imbasan resort dalam helaian koleksi Raya milik pereka, Alia Bastamam kali ini. Gaun toga, padanan top dengan skirt juga baju kurung Kedah menghiasi rekaan pereka lulusan Institut Senireka Raffles Malaysia ini. Perincian berasaskan bunga diiringi rona bertemakan alam hijau barangkali menjadi inpirasi dalam himpunan helaian ini. Apa yang pasti, elemen moden begitu ketara dalam memberikan kelainan terhadap rekaan tradisional yang dipakai sejak berabad lalu. |
|
[tab:Nik Erwan Rosli]
Nik Erwan Rosli Rekaan penuh segar, ceria dengan motif unik begitu ketara dalam koleksi pereka, Nik Erwan Rosli. Biarpun padanan baju dengan kain adalah kontras daripada segi warna, namun gayanya tetap menampakkan imej moden dalam busana tradisional. Cukup sekadar menjadikan potongan baju kurung sebagai ilham utama, namun sulaman perincian yang unik mengindahkan lagi busana baju kurung yang kosong. Sesuai dengan citarasa generasi muda yang sukakan kelainan dalam potongan tradisional. |
|