House of RE sekali lagi menyaksikan dedikasi majlis eksklusif bersama SAMSUNG, di malam All of The Light dengan penampilan tujuh majalah ternama Malaysia!
Biz of RE melalui majalah ternama Malaysia seperti EH!, GLAM Lelaki, GLAM, HARPER’S Bazaar, ICON dan The Peak mendedikasikan sebuah majlis eksklusif “House of RE” bersama jenama telefon pintar, SAMSUNG yang dilancarkan di W Deck, Kuala Lumpur pada 7 Mac 2024.
Merangkap perjalanan yang baharu di era globalisasi digital dan cetak yang cukup memberi inspirasi, majlis ini meraikan SAMSUNG Galaxy S24 sebagai telefon dan kamera rasmi yang dirakam secara langsung, meraikan gaya selebriti dan pempengaruh serta suasana meriah yang disokong bersama HWC dan NARS dengan tema pakaian, ‘All of The Light’.