Pereka fesyen lokal kini membuktikan bahawa fesyen di negara kita juga mampu setanding antarabangsa dengan koleksi yang unik dan menarik perhatian.
Untuk menubuhkan barisan jenama fesyen sendiri dan melonjak naik bukanlah mudah jika tiada kelebihan dalam seni fesyen. Sejak kebelakangan ini, industri fesyen lokal telah diberkati dengan pereka muda dan inovatif yang telah memainkan peranan besar dalam membantu persada fesyen Malaysia berkembang semula. Kita dapat lihat pereka-pereka muda ini melakukan sesuatu yang berbeza daripada pereka fesyen besar di Malaysia yang semestinya kelihatan setaraf antarabangsa. EH! bariskan lima barisan jenama fesyen lokal setaraf antarabangsa yang anda perlu tahu!
1. Ugly Pretty
Ugly Pretty ialah jenama fesyen yang kini semakin melonjak naik. Jenama ini bertujuan untuk mengaburkan garis piawaian ideal yang ditetapkan oleh masyarakat, mencipta koleksi untuk mereka yang berani dan yang ingin menonjolkan diri. Koleksi mereka juga sememangnya menangkap mata lebih-lebih lagi generasi muda. Bukan setakat pakaian, mereka juga mencipta tas tangan yang menggoda dengan tekstur dan potongan yang berani.
2. Ghostboy
Ghostboy ialah salah satu jenama fesyen terkemuka yang digemari oleh tempatan, dengan banyak barangan terjual habis berjam-jam selepas dikeluarkan. Jenama ini terus berkembang untuk mengeluarkan reka bentuk konsep berbeza yang digemari oleh Gen Z. Pelbagai konsep yang mereka keluarkan contohnya seperti gothic, futuristik, angkasa lepas, Y2K dan banyak lagi.
3. XUE_S
XUE_S memfokuskan pada isu asas untuk membuat perubahan dalam industri fesyen. Berpusat di sekitar ekonomi dan mesra alam,warga tempatan perlu menyertai mereka untuk menjadi wira planet kita. Mereka menggunakan sifar sisa dalam proses menghasilkan pakaian, fabrik sisa akan digunakan untuk mencipta semula. Semua item ialah pre-order sahaja untuk mengelakkan pengeluaran besar-besaran.
4. Romance 1314
Romance 1314 ialah jenama fesyen lokal yang baharu tahun ini, mempunyai keunikan tersendiri yang membuatkan kita kenal jenama pakaian itu. Mereka juga bakal mengeluarkan koleksi baharu yang berjudul ‘nebula’ pada tahun hadapan.
5. Shaofen
Ditubuhkan pada akhir 2019, Shaofen ialah fesyen yang mengutamakan ‘gender fluid’, komited untuk mencipta pakaian yang berfungsi dan serba boleh tanpa menjejaskan gaya dan keselesaan. Jenama ini semestinya senang dipakai tidak kira musim dan trend!