BEROPERASI SEBAGAI DESTINASI FESYEN, KECANTIKAN DAN GAYA HIDUP DALAM TALIAN TERBESAR DI ASIA, ZALORA MENGUMUMKAN KOLABORASI UNGGUL DENGAN HENNES & MAURITZ AB (H&M). PENGALAMAN MEMBELI-BELAH LEBIH FLEKSIBEL DENGAN TERJALINNYA KERJASAMA TERBAHARU ZALORA X H&M BERMULA APRIL 2021. RAIKAN PELUANG TERBAIK UNTUK ‘UPGRADE’ GEROBOK FESYEN MUSIM BAHARU.
Berita baik! Kini anda boleh miliki rekaan pilihan H&M dengan mudah dan praktikal dengan terjalinnya kolaborasi antara Zalora dan H&M. Bermula April 2021, H&M dan Zalora akan menawarkan servis belah-belah yang cukup ringkas caranya, dengan itu memenuhi setiap keperluan dan permintaan para pelanggan dari semasa ke semasa. Percaya akan kecemerlangan perkhidmatan laman e-dagang Zalora, H&M bersepakat untuk melaksanakan butik digital julung kalinya di Zalora.
H&M tidak perlu sebarang pengenalan lagi, berikutan puluhan cawangan butik fizikalnya telah dibuka diseluruh Malaysia. Tambahan lagi, H&M cukup popular dikalangan konsumer Malaysia khasnya, juga penggemar fesyen pasti akan ke H&M untuk mendapatkan pakaian dan aksesori yang disukai. Kerana H&M menawarkan kepelbagaian trend fesyen terkini dengan harga mampu milik dan berkualiti tinggi.
Rentetan kejayaan kolaborasi ini di Filipina beberapa bulan lalu, H&M sangat teruja untuk memperkukuhkan kerjasama dan kolaborasi bersama Zalora dengan memperluaskan pasaran H&M di seluruh Asia Tenggara. Selain Malaysia dan Filipina, Singapura dan Indonesia turut menawarkan servis belah-belah H&M di Zalora.
Potensi besar yang dilihat melalui empat negara ini, menyaksikan pertumbuhan masa depan H&M dan Zalora yang akan menjadi sebahagian daripada misi penting dalam usaha memenuhi setiap keperluan penggemar fesyen di Malaysia. Kerjasama ini menjangkakan sejumlah 400 juta pengguna dari seluruh Malaysia, Filipina, Singapura dan Indonesia.
Dedikasi para penggemar jenama H&M, kini anda berpeluang memiliki produk-produk terkini jenama itu menerusi platform e-dagang Zalora dengan satu klik. Layari laman H&M yang memaparkan rekaan baharu dalam bilangan yang terhad, merangkumi koleksi wanita, lelaki, remaja dan kanak-kanak.
Selain memudahkan pelanggan, kolaborasi ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen jangka masa panjang H&M bersama Zalora dalam usaha mengembangkan lagi industri fesyen secara global dengan jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara. Terbukti, industri fesyen di Malaysia sedang berevolusi. Tambahan pula, berikutan situasi semasa yang agak terhad, ia memudahkan lagi urusan beli-belah, yang mana keperluan harian keluarga H&M boleh dibeli dengan langkah mudah dan selamat.
Pelanggan usah buntu dengan pilihan rangkaian H&M yang ditawarkan di Zalora. Setiap item yang dipaparkan memiliki stail yang berbeza-beza, namun punya kefungsian yang tersendiri. Koleksi Sustainable H&M antara yang menarik boleh didapati di H&M X Zalora. Rekaan polos, effortless dengan pilihan warna minimal seperti putih dan krim, cukup nyata menyimbolkan mood musim bunga. Selaian pemprosesan dan material yang digunakan tidak dicampurkan bahan kimia, identiti koleksi tersebut punya ‘jiwa’. Siluet bersih dan reka bentuk yang tajam, sesuai buat wanita moden.
Antara rekaan yang menarik dari koleksi Sustainable yang baharu, ialah seluar linen, vest knit, dress knit, sut, top longgar dan seluar lebar yang kami rasakan dapat menyawakan penampilan. Warna minimal, ternyata memberi kebebasan buat wanita untuk mengolah gaya tersebut dengan padanan aksesori beragam. Misalnya, anting-anting dampak atau silangan beg mini yang bold, bagi menyandiwarakan imej yang unik.
Koleksi asas lelaki, seperti jaket denim dan celana denim turut boleh didapati di platform Zalora. Koleksi remaja dan kanak-kanak juga dihadirkan eksklusif bersama H&M ini sama seperti pengalaman berbelanja di butik fizikalnya.
#HMonZalora #HMMalaysia