“Lagu saya, ‘LEVII’S JEANS’, meraikan satu perkara yang saya percaya iaitu helaian seragam terbaik Americana – sesuatu yang kita gayakan dengan penuh bangga, ” ujar Beyoncé Knowles.
Peneraju dunia denim, Levi’s® semalam membuat pengumuman yang mengejutkan apabila mereka melancarkan kolaborasi mereka dengan ikon muzik masa kini, Beyonce Knowles. Isteri kepada Jay-Z itu sebelum ini melancarkan sebuah album country yang turut mengandungi sebuah lagu berjudul ‘LEVII’S JEANS’, trak kolaborasinya bersama Post Malone.
global LEVII’S JEANS yang terlancar ini adalah satu terjemahan kepada pelbagai aspek denim dalam pengaruhnya kepada manusia sejagat, baik budaya, seni dan stail. Menerusi visual yang dirakamkan untuk kempen ini juga adalah satu penghormatan kepada Levi’s sendiri, elemen yang ditonjolkan menerusi kempen ini adalah gabungan kepada beberapa komersil silam Levi’s yang pernah diarakhkan oleh Melina Matsoukas.
“Launderette”, adalah iklan Levi’s yang mula ditayangkan pada tahun 1985 yang mana komersil itu telah melonjakkan populariti lagu ‘I Heard It Through the Grapevine’ hingga mengungguli carta muzik, Billboard 100 misalnya.
“Dengan kerjasama bersama Beyoncé, kami meneroka kuasa imaginasi semula melalui kempen ini, lalu membantu kami berhubung dengan peminat kami dengan cara baharu dan menyokong pertumbuhan perniagaan wanita kami sebagai jenama gaya hidup denim yang definitif,” kata Kenny Mitchell, Ketua Pegawai Pemasaran Global bagi jenama Levi’s® di Levi Strauss & Co.
Filem kempen ini dibawakan menerusi lensa Marcell Rév, seorang ahli sinematografi yang pernah merangkul Anugerah Emmy. Di luar dunia visual filem yang mengasyikkan, jenama Levi’s® turut bekerjasama dengan jurugambar Mason Poole, yang merakam koleksi imej kempen, sekali gus menambah kepada himpunan arkib fotografi ikon yang luar biasa bagi celana Levi’s®, daripada Marlon Brando sehinggalah Marilyn Monroe — dan kini Beyoncé.
Tonton video kempen Levi’s yang dibintangi Beyonce Knowles di bawah ini: