Jika mahu bergaya seperti Legally Blonde’s Elle Woods atau Taylor Swift, boleh jengok koleksi Birds In The City terbaru di Khoon Hooi.
Cuba bayangkan gadis yang punya karakter cukup vibrant. Mungkin seperti Taylor Swift atau watak Elle Woods melalui filem Legally Blonde. Mereka ini mempunyai senyuman yang mampu mengubah angin bilik, daripada suram menjadi cukup riang. Inilah karakter yang membuahkan idea kepada Khoon Hooi dalam melancarkan koleksi baru bertajuk Birds In The City. Taruhan buat koleksi ini adalah menerbitkan gaya yang playful namun masih kekal punya sentuhan chic ala Khoon Hooi.
Tatkala kita masih dikenakan lockdown yang tidak sudah ini, Khoon Hooi seakan paham isi hati gadis semasa. Maka, dia bawakan ceraian yang mempunyai sentuhan fantasi. Palet yang digunakan pula tidak suram, sesuram situasi sekarang. Lebih manis dengan pilihan rona pop seperti merah jambu, biru, oren serta kuning. Tiga siluet dipertaruhkan buat koleksi kapsul mini Khoon Hooi. Ada tunik Leighton, top Taylor dan skirt Brooklyn. Setiap siluet ini bukanlah sesuatu yang baru, kerana sudah menjadi esen rekaan utama di rumah fesyen Khoon Hooi.
TUNIK LEIGHTON
Leighton menawarkan siluet yang cukup relaks dan lengan potongan loceng, memberi keselesaan pada lengan. Cetusan playfullness dapat dilihat pada penggunaan motif bintang dalam idea 2D.
TOP TAYLOR
broked sudah menjadi fabrik utama di Khoon Hooi dan kali ini digunakan pula buat top Taylor. Lengan diberikan penegasan dalam bentuk puffy, mencipta dramanya tersendiri. Melembutkan gaya dramatik ini adalah penggunaan rona ceria seperti merah jambu, biru lembut dan marigold.
SKIRT BROOKLYN
Manis dan chic adalah intipati buat skirt berlisu dwirona yang terbaru di Khoon Hooi. Setiap lenggok pasti memberi sensasi pada gaya. Lebih mesra pengguna kerana penggunaan tali di pinggang yang fleksibel.
Artikel Berkaitan: Gucci Les Pommes, ‘STYLE GUIDE’ Terbaik Bulan Ini