Levi’s® memperluas butik sedia ada di Suria KLCC sekaligus menjadikannya terbesar di Asia Tenggara bagi jenama denim kebanggaan Amerika itu.
Sejak awal pembukaan Suria KLCC 25 tahun lalu Levi’s® antara butik yang terus gah berada di salah satu mercu tanda Kuala Lumpur ini. Dan selepas suku abad berdiri megah, Levi’s® sebagai dominasi jean atau denim senatero dunia memperluaskan butiknya ini. Berkeluasan 4,239 kaki persegi, butik ini menawarkan koleksi komprehensif produk premium dan komersil bagi memenuhi cita rasa pelbagai lapisan penggemar Levi’s® termasuklah Levi’s® Vintage Clothing, Made In Japan, WellThread®, Selvedge dan banyak lagi!
“Sebagai butik Levi’s® terbesar di Asia Tenggara, kami dapat mempamerkan pelbagai produk gaya hidup kami yang lebih meluas sambil menghidupkan kembali kisah jenama Levis®! Ini benar-benar mencerminkan matlamat kami untuk mengukuhkan lagi Levi’s® sebagai peneraju dalam pasaran denim,” – Imran Butt, Pengurus Negara untuk Levi Strauss Malaysia.
Butik ini menampilkan Exhibition Space (Ruang Pameran) yang akan memaparkan himpunan terbaru dan eksklusif, serta menawarkan Tailor Shop sebagai khidmat istimewa bagi pelanggan yang memerlukan khidmat membega helaian yang dibeli mahupun yang mahu memberikan sentuhan peribadi pada helaian yang mereka beli. Apa yang membuatkan Tailor Shop di butik ini lebih menonjol adalah penggabungan corak Peranakan, sebagai tanda penghormatan kepada kekayaan warisan Malaysia. Reka bentuk halus dan rumit ini menambahkan lagi kaitan budaya tempatan pada bahagian dalam butik.
Keraian pembukaan butik Levi’s® ini sangat meriah dengan kehadiran selebriti terkenal bersama pempengaruh fesyen serta media. Menariknya, hampir kesemua yang hadir menggayakan koleksi Levi’s® dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki. Hun Haqeem dan Daiyan Trisha, penghias muka depan EH! Edisi September (juga menggayakan Levi’s® untuk penggambaran istimewa ini) turut hadir menghangatkan malam pembukaan. Antara lain yang turut hadir ialah SonaOne, Shalma Ainaa, Yaya Zahir dan Sophia Liana.
Tahniah buat Levi’s® atas pembukaan butik terbesar ini dan diharapkan dengan pencapaian ini akan terus meletakkan Levi’s® sebagai pilihan denim berprestij nombor satu di kalangan fesyenista tanah air.