Buttonscarves membuka butik yang ke-4 di pusat beli belah pesat Cheras, MyTOWN.
Buttonscarves MyTOWN, dekorasi dalaman clean monokromatik white-black antara tarikan pertama tatkala saya menjejakkan kaki ke butik. Keluasan butik seluas 2,100 kaki persegi yang dipenuhi dengan pelbagai koleksi dari kanta mata, tali pinggang, kasut, beg hingga kepada kasut dan tudung, segalanya terletak cantik dan seperti tempat memanjakan diri sementara.
Diikuti dengan pengumuman duta jenama Malaysia sendiri Elfira Loy pada Disember lalu, Buttonscarves kini membuka kedai keempatnya di Cheras untuk menggembirakan BS Ladies. Pengasas Buttonscarves, Linda Anggrea akui jenama Buttonscarves kian berkembang dengan begitu pesat di Malaysia, “Sememangnya ia adalah satu pemandangan yang baik dan senang untuk dilihat.”
Jenama tudung eksklusif dari Indonesia ini tidak melepaskan peluangnya untuk berkembang lebih maju tatkala mereka kini pantas membuka butik ke-4, rasa seperti semalam baru sahaja mereka membuka butik pertama di Malaysia. Kerjasama yang dimeterai antara pasukan Malaysia dan Indonesia akhirnya membuahkan hasil, tambah Linda Anggrea lagi, beliau tidak sabar untuk menggembirakan BS Ladies dengan kemunculan projek lain yang bakal berlangsung di masa hadapan.
“Daripada mempunyai Elfira sebagai duta jenama pertama di Malaysia hingga kini membuka kedai keempat kami di Malaysia, ia benar-benar pengembaraan yang menarik untuk saya dan pasukan saya. Lebih banyak projek sedang dalam perbincangan dan kami tidak sabar untuk berkongsi semua berita baik dengan BS Ladies,” kata Pengarah Negara Buttonscarves Malaysia, Sharifah Itasha Jamalullai.
Bagi meraikan pembukaan Buttonscarves di MyTOWN, penggaya hijab selebriti Didiyana Ehsan dan perunding gaya Izrin Jupiterisma telah memeriahkan acara dengan Sesi Penggayaan eksklusif bersama model, Nazurah Husna. Pengunjung boleh melawat Buttonscarves baharu di L1-031 MyTOWN Shopping Centre dan menikmati pelbagai koleksi di kedai.
Artikel berkaitan: Elfira Loy Jalani Kehidupan Emily In Paris Dengan Koleksi Baharu Buttonscarves