Berita gembira buat peminat Harry Potter, jangan lepasi peluang untuk miliki barangan edisi terhad kolaborasi Carlo Rino Harry Potter!
Koleksi Edisi Terhad Carlo Rino Harry Potter menjemput peminat fesyen dan peminat Harry Potter untuk mengalami dunia keajaiban yang penuh penggambaraan! Tiada apa yang mengujakan selain sekuel filem Box Office, Harry Potter diabadikan dalam koleksi fesyen dan gaya hidup, ia terus mengubat rindu peminat kepada Legasi Hogwarts tersebut.
Pembabitan Harry dari seorang kanak-kanak yang memiliki bakat sihir luar biasa sehingga kepada pengakhiran filem dia mengalahkan musuh ketatnya, Voldemort, terselit gaya dan benda terperinci dalam penceritaan. Antara barang ikonik yang menjadi rebutan dalam kalangan peminat ialah tongkat sakti, gula-gula jadian, penyapu sakti dan lain-lain. Setiap karya kini diinterpretasi kepada gelombang fesyen Edisi Terhad Carlo Rino Harry Potter menghasilkan resipi sakti koleksi terhad yang terdiri daripada empat rumah terkenal, mewakili penghormatan kepada Houses of Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff dan Slytherin yang ikonik, membolehkan setiap individu mempamerkan kebanggaan House mereka sendiri dengan penuh gaya dan menyeronokkan.
Jenama kontemporari yang menampilkan barangan kulit dan koleksi desain kasut yang terkini dan bergaya ini dibungkus dalam koleksi edisi terhad dalam warna kesukaan House anda, unjuran identiti yang menyeronokkan, bertenaga dan menyegarkan! Dapatkan edisi terhad Carlo Rino Harry Potter di semua stor fizikal Carlo Rino di seluruh negara dan stor dalam talian Carlo Rino DISINI. Untuk kekal berhubung dengan tawaran dan informasi terkini, ikuti mereka di Facebook, Instagram dan TikTok.
Sediakan tongkat sakti anda dan ceriakan almari dengan sentuhan sihir koleksi koleksi edisi terhad Carlo Rino Harry Potter:
1. Harry Potter Small Satchel Backpack.
Koleksi Beg Harry Potter Small Satchel Backpack ini ditawarkan dalam empat warna yang memukau, Kuning, Merah, Biru Tua dan Hijau. Menggabungkan ciri fungsi dan fesyen, aksesori beg ini dihiasi dengan corak klasik yang diserlahkan dengan huruf awal Rumah pilihan anda. Jadikan beg galas ini sebagai teman pengambaraan, teman yang sempurna untuk ‘pencarian’ misteri harian anda.
2. Harry Potter Small Shop Tote.
Level up, langkah ke alam fesyen kontemporari dengan Harry Potter Small Shop Tote, aksesori tas tangan dihiasi dengan lambang Hogwarts dihadapan. Reka bentuk yang disesuaikan ini membolehkan pemegang tampak anggun dan menawan dengan daya tarikan yang mempesonakan.
3. Harry Potter Wristlet Short Wallet.
Tingkatkan permainan aksesori anda dengan miliki Harry Potter Wristlet Short Wallet dalam warna hitam. Dompet ini merangkumi intipati dunia sihir, membolehkan anda membawa barang keperluan kemana sahaja dengan sentuhan lambang Hogwarts.
4. Harry Potter Short Wallet.
Carlo Rino Harry Potter Short Wallet ini tersedia dalam warna House of Gryffindor, Ravenclaw, Hufflepuff dan Slytherin yang menawan, direka untuk memastikan barang-barang penting anda selamat, penuh ciri kelengkapan praktikal dan membolehkan anda bergaya tanpa perlu risau!
5. Harry Potter Lanyard.
Buat anda yang inginkan sesuatu yang unik dan boleh dipakai di pejabat mahupun universiti, Harry Potter Lanyard, aksesori sesuai buat anda yang tersedia dalam warna Rumah Kuning, Merah, Biru Tua dan Hijau. Lanyard ini menggabungkan fesyen dan kefungsian dengan mudah, berfungsi sebagai tempatan kad dan wang didalam.
6. Harry Potter Loafer and Harry Potter Mules.
Pasti ramai yang nantikan koleksi kasut Harry Potter Loafer and Harry Potter Mules ini. Desain hitam yang menawan dan bercirikan Harry Potter yang nyata, antara keperluan yang anda mesti ada. Sama ada anda menghadiri perhimpunan ajaib atau bersiar-siar harian, meriahkan langkah anda dengan set pasang kasut yang menawan dan bergaya ini.
7. Harry Potter Sneakers.
Bagi mereka yang inginkan penampilan yang sporty, Harry Potter Sneakers adalah pilihan yang tepat. Tersedia dalam kombinasi warna asas putih dengan hiasan merah, kuning, biru tua dan hijau di bibir kasut, koleksi ini menggabungkan fesyen moden dan segar.
8. Harry Potter Cap
Lengkapkan gaya anda dengan aksesori Harry Potter Cap, tersedia dalam warna kuning, merah, biru tua dan hijau. Aksesori ini membolehkan anda mempamerkan kesetiaan Rumah anda dengan bangga sambil menambah sentuhan bergaya pada penampilan anda.