Coach perkenalkan kempen ‘Wear Your Shine‘, menyoroti sifat keberanian dan keyakinan yang dibintangi bintang terkenal antaranya Dove Cameron, Lil Buck, Youngji Lee dan Yanfei Song.
Jenama fesyen terkenal yang ditubuhkan di New York pada tahun 1941, Coach dengan rasminya melancarkan kempen “ Wear Your Shine ” dengan penampilan khas Dove Cameron, Lil Buck, Youngji Lee, dan Yanfei Song. Seloroti barangan yang mewah nan gah, koleksi Coach Shine ini dimeterai dari beg metalik, berkilau, ekspresif, ready-to-wear dan aksesori yang pasti memukau mata anda.
Penceritaan Coach yang didasarkan pada sifat keberanian ini membuka mata untuk memercu misi dalam memberikan inspirasi kepada individu dalam mengekspresikan diri mereka secara autentik.
Keperibadian yang jelas terpancar dalam kempen koleksi ‘Wear Your Shine’ ini yang diarahkan oleh Lope Serano dan difoto oleh Joshua Woods, dengan sentuhan koreografi oleh Emma Portner. Kempen ini membawakan mesej yang tersirat dan pesanan inspirasi tentang mengatasi keraguan diri untuk bersinar dan menyerlah menerusi stail dalam kehidupan.
Bayangkan diri anda beraksi di dalam filem bergandingan dengan bintang terkenal seperti Dove Cameron, Lil Buck, Youngji Lee dan Yanfei Song, pasti kehidupan anda penuh dengan magikal dan seakan mimpi. Begitu juga dengan kempen ini, ia membantu anda untuk melihat dan membongkar keraguan dalam diri anda untuk bertukar menjadi keberanian dalam mengekspresikan diri.
Bintang Coach, Dove Cameron, Lil Buck, Youngji Lee dan Yanfei Song mengajak anda untuk “Wear Your Shine” dengan penampilan yang lebih ekspresif, berani dan autentik!
Barisan bintang selebriti yang dipaparkan dalam “ Wear Your Shine ” ini merupakan ahli keluarga Coach baru yang mencerminkan misi Coach untuk menyampaikan mesej “ Courage to Be Real ”. Ya, setiap dari mereka ini secara eksklusif berkongsi kisah perjalanan hidup mereka pada skala ekspresif seni fesyen melalui dengan visi ingin memberi inspirasi kepada generasi hari ini.
Wajah global Coach, Jennifer Lopez turut muncul sebagai cameo, di mana dia menghadapi keraguan tentang suara diri dan tarian. Tetapi dengan pencahayaan fesyen Coach, statusnya sebagai ikon telah memberi inspirasi kepada orang lain untuk hidup dengan lebih inspirasi.
Coach Shine
Musim Luruh 2023 kali ini, Pengarah kreatif Coach, Stuart Vevers ’ mentakrifkan semula warisan fesyen untuk generasi menerusi koleksi Coach Shine antara sub koleksi beg ialah beg Tabby dan siluet Penn yang baru dalam kulit metalik dan paten beg “ The Coach Shapes ” dalam siluet dan warna yang sangat ekspresif berani, serta koleksi kasut metalik.
Kata Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers, “Koleksi ‘Wear Your Shine’ ini diilhamkan oleh sikap generasi kini, kami percaya bahawa warisan ekperesi diri yang berani ini menjadi asas dan tunjang dalam mengekalkan seni fesyen generasi kini.” Lebih berani dan mencerminkan ekspresi diri mereka dengan perkadaran warna muda yang segar dan sedikit percikan warna terang, “Wear Your Shine” menjadi ruang untuk Generasi Z mengekspresikan semangat mereka secara emosional dengan nilai-nilai inspirasi keberanian yang tiada had.
“Mesej kempen yang didasarkan dengan pandangan penggaya Generasi Z, Coach mendengar dan menjadi suara dalaman buat mereka yang tidak menyatakan diri sepenuhnya,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Global Coach dan Presiden Amerika Utara, Sandeep Seth.
Coach mengajak orang ramai untuk berhubungan secara emosional dengan koleksi fesyen terkininya, melalui pengalaman di seluruh dunia ‘ Wear Your Shine ’, cetusan inspirasi kepada penggaya fesyen dalam mengekspersikan keberanian diri. Merangkumi pop-up eksklusif dan penceritaan digital yang mengasyikkan, Coach mengundang anda untuk meneroka dunia pelbagai deria yang diilhamkan oleh kempen ‘Wear Your Shine’ kandungan digital komuniti Coach berkongsi bagaimana mereka berpakaian untuk melangkah keluar dan tampil berani.
Baca: Butik Kapal Terbang Pertama Coach Airways Kini Di Melaka