Bulan ini, tiba masanya untuk menonjolkan gaya melalui kasut yang kami pilih dan gayakan. Pilihan kami, Clarks Torhill dan Torview menampilkan rekaan klasik namun moden, memastikan penampilan anda lebih menyerlah.
EH! Select kembali dengan pilihan kasut Clarks Torhill dan Torview untuk bulan ini yang pasti menarik perhatian. Seperti biasa, setiap kasut telah dicuba terlebih dahulu sebelum dikongsikan dengan pembaca setia. Kami memilih kasut yang bukan sahaja bergaya, tetapi juga sempurna untuk menyerikan gaya harian anda.
Di sini, kami kongsikan ulasan jujur tentang pilihan kasut bulan ini, supaya anda boleh mencubanya sendiri dan tampil yakin setiap hari.
Pilihan Erdina, Buat Wanita
Torhill Moss, Dusty Rose Sde
Saya terus jatuh hati bila pertama kali pakai Clarks Torhill Moss berona merah jambu ini. Gayanya memang ada aura klasik tapi tetap moden, diinspirasikan daripada ‘90s Big Gripper dengan tapak tebal beralun yang nampak bold dan berkarakter. Bahagian atasnya dibuat daripada nubuck premium yang lembut dan nampak eksklusif, ditambah dengan tali autentik yang dihiasi mutiara kecil (juga didatangi tali satin tambahan). Detail simple tapi beri sentuhan feminin dan mewah.
Fob logo Clarks dan Torhill pada tali pula buatkan rekaan ni terasa lebih istimewa. Bila pakai, memang rasa selesa kerana Contour Cushion footbednya lembut dan menyokong langkah, manakala tapak TR (thermoplastic rubber) yang fleksibel dan mencengkam bagi keyakinan setiap kali melangkah. Serius, ini antara kasut paling bergaya dan selesa yang pernah saya cuba.
Harga: RM549.00
Torhill Bee W, Silver
Bagi peminat silver, I’ve got something for you! Ini ialah Torhill Bee W dalam warna perak (silver). Kasut ini lebih kurang seperti Torhill Moss, cuma versi ni bukan high cut, jadi nampak lebih ringan dan kasual bila dipakai.
Bahagian tapak dia yang tebal dan berjalur tu memang menyerlah, diinspirasikan daripada rekaan arkib lama Clarks tapi masih nampak sangat moden, sama seperti gaya ‘90s Big Gripper profile. Reka bentuk dia yang berlilit tali (lace-up) dan bentuk yang melengkung lembut macam Wallabee menjadikan kasut ni nampak kemas tapi santai pada masa sama.
Bahagian dalamnya pula ada tapak Contour Cushion kulit yang boleh ditanggalkan, sangat selesa dan menyokong setiap langkah. Tapak luar dia guna getah TR (thermoplastic rubber) dengan isi EVA, ringan tapi tetap beri cengkaman yang bagus.
Set ni juga datang dengan dua tag khas (logo Clarks dan Torhill) sebagai tanda penghargaan kepada Clarks, dan satu lagi tali satin tambahan dengan mutiara kecil yang boleh disesuaikan ikut gaya sendiri.
Harga: RM499.00
Torview W, Black Leather
Ini paling menangkap mata saya sebagai seorang yang sukakan kulit dan warna hitam. Rekaan Clarks Torview ni menggabungkan gaya klasik Wallabee™ dengan sentuhan moden yang segar. Bahagian atas daripada kulit premium nampak mewah, manakala tapak tebal TR (thermoplastic rubber) beri gaya bold dan cengkaman yang stabil.
Memang selesa dipakai, Contour Cushion footbed dia lembut dan menyokong setiap langkah. Sesuai untuk gaya kasual harian, jalan santai, atau dipadankan dengan outfit smart-casual bila keluar.
Harga: RM499.00
Pilihan Amirul, Buat Lelaki
Torhill Hi, Dark Sand Suede
Saya pilih Clarks Torhill Hi kerana gabungan klasik Wallabee™ dengan vibe ‘90s Big Gripper buatkan kasut ni nampak vintaj tapi moden pada masa sama. Profil bertali dia sleek tapi tapak TR (thermoplastic rubber) tebal tetap beri gaya bold dan stabil, sesuai jika ingin tampil smart-casual tanpa pakai sneakers.
Bahagian atasnya daripada suede premium nampak eksklusif, manakala Contour Cushion footbed yang boleh ditanggalkan buat setiap langkah terasa lembut dan selesa. Saya suka juga sebab tali boleh laras dan tapak fleksibel, setiap langkah rasa yakin dan stabil.
Bagi saya, kasut ni sesuai untuk jalan santai, aktiviti harian, atau bila nak padankan dengan outfit smart-casual.
Harga: RM549.00
Torhill Hi, Wine Suede
Saya juga memilih jenis kasut yang sama, Torhill Hi dalam rona Wine Suede untuk nampak penegasan pada outfit yang simple dan paling penting, masih mementingkan keselesaan.
Harga: RM549.00
Torview Hi, Black Leather
Clarks Torview Hi menjadi pilihan saya kerana gabungan Wallabee™ klasik dengan tapak tebal yang bold menjadikan kasut ini tampak moden, tetapi masih mengekalkan identiti Clarks. Profil bertali yang kasual namun kemas membuatkan ia mudah digayakan untuk pemakaian harian.
Bahagian atas daripada kulit premium memberi aura mewah, manakala Contour Cushion footbed yang lembut memberikan keselesaan maksimum pada setiap langkah. Fob logo Clarks pula menjadi sentuhan kecil yang membuat kasut ini terasa lebih istimewa. Tapak TR (thermoplastic rubber) yang fleksibel dan cengkam pula memberi keyakinan setiap kali melangkah.
Harga: RM549.00
Koleksi Torhill dan Torview kini boleh didapati di stor Clarks terpilih dan dalam talian di www.clarks.my. Harga bermula dari RM499 ke atas.
Baca:
200 Tahun Keselesaan Bersama Clarks, dan Ini Fakta Menarik Tentang Jenama Ikonik Ini!
Anna Jobling Lancar Koleksi Kasut Bersama Clarks
Himpunan Sepatu Daiyan Trisha x Clarks, Imbangan Stail & Praktikaliti












