EH! mengikut hos Anugerah Juara Lagu ke-38, Sherry Al-Hadad ke sesi fitting untuk dua busana yang digayakannya di malam kemuncak program berprestij TV3 itu.
Sherry Al-Hadad muncul kembali bersama pasangan dinamiknya, Alif Satar untuk Anugerah Juara Lagu yang berlangsung malam Ahad lepas. Gandingan kedua-duanya memang serasi, chemistry sudah ada, jadi mereka tak perlu nampak try hard to impress ketika di atas pentas.
Malam itu Sherry menggayakan dua busana yang direka khas dan demi menyuaikan dengan gaya Alif yang senang dengan penampilan segak dalam balutan sut, jadi Sherry menggayakan dua gaun malam, dan kedua-duanya mempunyai vibes yang amat berbeza.
Busana pertama adalah ilham Ridzuan Alias dari Teruntum Putih. Gaun metalik warna perak kelihatan berkilauan memancar-mancar di atas pentas saat dia berjalan mendengkan hook lagu Single Ladies (Beyonce). Gaun dengan tulang korset pada bahagian dan dilengkapi dengan reben besar pada bahagian dada, dan itulah yang menjadi highlight pada gaun ini.
Teh Firdaus mereka gaun kedua malam itu. Firdaus yang namanya semakin masyhur sejak menjadi pereka pilihan YM Dayang Anisha untuk majlis pernikahannya bersama Putera Mateen awal tahun ini menyiapkan gaun kembang warna manggis muda buat Sherry. Gaun tafeta itu dilengkapi dengan kemasan net kembang pada bahagian kiri, kanan dan belakang.
Malam itu wajah Sherry dirias jurusolek selebriti ternama, Khir Khalid dan rambutnya didandan oleh pendandan tersohor, Ckay Liow. Gaya rambut pementasan Prada musim luruh baru-baru ini menjadi inspirasi Ckay malam itu.