Seiring pengakhiran tahun 2022, fesyen praktikaliti sering menjadi rujukan pertama digaya selesa dan menjadi pilihan orang ramai termasuk Zahirah Macwilson dan keluarga.
Dirinya yang cantik semula jadi dan sering dijadikan sebagai insan inspirasi kepada wanita diluar akui cantik bukan sekadar kepada personaliti atau rupa namun ia juga terletak kepada fesyen yang digayakannya. Pelakon dan model selebriti, Zahirah Macwilson amat menitik berat tentang fabrik pilihan dan reka yang versatil sesuai buat dirinya dan keluarga.
Untuk memastikan keperluan keluarga dipenuhi, Zahirah kongsi bersama EH! akan destinasi jenama kegemarannya sendiri iaitu, Marks & Spencer yang kini merealisasikan koleksi Musim Luruhnya.