Setelah berpenat membentuk susuk tubuh yang maskulin dengan penjagaan wajah yang rapi, anda kini hanya perlu mengubah gaya fesyen untuk tampil lebih segak! Usah bimbang, EH! ada tips buat si jejaka yang ingin mengubah gaya persis seorang selebriti.
[tab:Gaya David Beckham]
David Beckham sememangnya antara ikon fesyen lelaki dunia yang bijak bergaya. Kasual, selesa dan segak antara kamus fesyen Beckham ketika tampil di khalayak ramai. Bagi anda yang gemarkan gaya ini pastikan top dan celana yang dipakai tidak kelihatan keterlaluan.
Antaranya, pilih top yang mengikut susuk tubuh dalam rona-rona sejuk asalkan saiznya tidak terlalu ketat. Padankan dengan celana berpotongan lurus mengikut silhoutte kaki manakala jaket adalah satu lagi pilihan untuk kesempurnaan gaya. Pastinya gaya effortless ini mengubah imej diri anda kepada gaya yang lebih segak.
[tab:Gaya Johnny Depp]
Aktor berwajah kacak ini cukup dikenali dengan karakter yang unik dan bercitarasa quirky. Mungkin itu antara sebab mengapa pengarah, Tim Burton begitu gemar memilih Depp untuk menjiwai watak utama dalam sebahagian besar filemnya.
Gaya fesyen Depp adalah lebih santai dan selesa tetapi cukup eksentrik. Padanan terbaik termasuk top dengan potongan longgar dan celana yang berpotongan tirus. Kekunci utama gaya Depp? Tentunya pemilihan aksesori seperti skarf di leher dan cermin mata berbentuk unik! Gaya ini cukup sesuai untuk mereka yang lebih berani dan sukakan ciri idiosyncratic!