Perkembangan dunia fesyen tidak pernah henti. Ada saja trend terkini untuk ditampilkan. Biarpun ada gaya yang sudah lapuk dek zaman, jika dipopularkan dan diperbaharui, ia pasti menjadi ikutan. Ayuh kita membuka lembaran baru dengan melihat fesyen trend 2012 yang mungkin menjadi ikutan bagi penggemar fesyen!
Nuansa Vibrant:
Biarpun penggunaan rona terang banyak digunakan pada tahun sebelumnya, ia tidak terhenti begitu sahaja. Kemungkinan,ia menjadi ikutan lagi pada tahun ini. Bagi menampakkan kelainan, nuansa vibrant ditampilkan bersama gaya yang lebih edgy sesuai dipadankan ke mana saja! Pemilihan warna terang menampakkan seseorang itu kelihatan yakin dan berani untuk bergaya.
Cetakan Corak:
Bagaikan street style, tidak mustahil cetakan corak menjadi trend tahun ini. Gaya tampak bersahaja tetapi stailo! Corak pada fabrik seolah-olah memberikan satu identiti baru kepada si pemakai. Tetapi, jangan pula memakai cetakan corak dari atas hingga ke bawah! Sebaik-baiknya padankan ia dengan padanan yang kosong.