Jika minggu lepas, EH! memaparkan gaya chic untuk percutian di destinasi musim sejuk, ikuti padanan multi rona untuk musim panas pula! Tips ringkasnya ada di sini!
Musim Panas
Biarpun pancaran matahari menghangatkan lagi tubuh namun ia tidak sesekali membataskan aktiviti untuk berseronok. Pilihan utama? Tentunya pakaian longgar lagi ringkas menjadi perhatian. Tampil dengan pakaian rona cerah untuk menambahkan rasa ceria dan selesa sepanjang hari!