Clarks Torhill vs Torview, yang mana menambat hati anda?
Bila berbicara soal gaya, siapa kata anda harus berkorban demi keselesaan? Kali ini, Clarks membuktikan yang anda boleh memiliki dua-duanya sekaligus dengan Torhill dan Torview. Kedua-duanya hadir dengan sentuhan klasik dan aura moden yang menjadikannya antara item wajib untuk gaya harian.
Timeless, But Make It Trendy
Terinspirasi daripada Clarks Originals Wallabee™, koleksi ini menampilkan bentuk toe ikonik yang sudah menjadi simbol warisan Clarks. Namun, Torhill dan Torview bukan sekadar imbasan semula.
Reka bentuknya disuntik semangat baharu dengan kemasan premium, jahitan rapi, dan siluet yang mudah digayakan.
TORHILL — Ikonik, Tapi Penuh Jiwa Baharu
Dengan rekaan Wallabee™ yang ikonik, Torhill membawa aura klasik yang sudah lama menjadi sebahagian daripada identiti Clarks. Kali ini, ia tampil lebih moden dan segar dengan elemen sustainable melalui suede upper yang diperoleh.
Kelembutan dan keselesaan menjadi keutamaan. Moulded Contour Cushion footbed yang boleh ditanggalkan memberi sokongan pada setiap langkah, manakala sheepskin sock memastikan pengaliran udara yang baik agar kaki kekal segar sepanjang hari.
Tambahan pula, tapak TR (thermoplastic rubber) menawarkan cengkaman ringan, menjadikan Torhill teman setia untuk gaya kasual yang effortless.
Torhill ialah pilihan sempurna buat anda yang berani tampil santai tetapi tetap ingin mengekalkan sentuhan eksklusif tanpa kompromi pada keselesaan.
TORVIEW — Klasik Yang Dinaik Taraf
Torview pula membawa aura elegan dengan kemasan premium uppers dan siluet diinspirasikan daripada Clarks Originals Wallabee™ toe shape — gaya arkib yang diberi nafas moden.
Untuk mereka yang aktif, Torview menawarkan Contour Cushion footbed yang direka bagi keselesaan tiada tandingan, disertai lapisan kulit dan sock bernafas yang memastikan kaki kekal sejuk dan selesa sepanjang hari.
Sementara itu, tapak TR (thermoplastic rubber) sole memberikan traksi maksimum, sesuai untuk setiap langkah bergaya sama ada di pejabat atau ketika percutian hujung minggu.
Torview ialah kasut pilihan mereka yang menghargai gaya kemas, moden dan tahan lasak, semuanya dalam satu rekaan yang menawan.
Koleksi Torhill & Torview kini boleh didapati di stor Clarks terpilih dan dalam talian di www.clarks.my. Harga bermula dari RM499 ke atas.
Baca:
200 Tahun Keselesaan Bersama Clarks, dan Ini Fakta Menarik Tentang Jenama Ikonik Ini!
Anna Jobling Lancar Koleksi Kasut Bersama Clarks
Himpunan Sepatu Daiyan Trisha x Clarks, Imbangan Stail & Praktikaliti






