Era fesyen yang terbaik semestinya daripada tahun 90-an, EH! sajikan gaya karpet merah ikonik di Anugerah Oscar sepanjang tahun gemilang itu.
Selama berdekad-dekad, A-listers telah bergaya untuk Golden Globes, SAGs, dan sehabis baik untuk Grammys. Tetapi ketua kepada semua anugerah ialah Oscar, di mana glamor Hollywood yang bertaraf bintang sentiasa tampil untuk menjadi terbaik.
Daripada gaun couture hingga custum made, karpet merah di Oscars mempamerkan fesyen terbaik, menjamin beberapa detik yang tidak dapat dilupakan. Siapa yang boleh melupakan pakaian putih Givenchy Audrey Hepburn pada tahun 1954? Atau gaun Dior yang dipakai Jennifer Lawrence untuk menerima Anugerah Oscar pertamanya?
Dalam usaha untuk mendokumentasikan sejarah fesyen Oscar, EH! menyusuri dan mengenang karpet merah terbaik pada era 90-an.
Madonna, 1991

Menitis glamor Hollywood Lama, Madonna dibaluti gaun berkilau berona perak dan jaket berbulu dalam ensembel Bob Mackie.
Jane Fonda, 1991

Gaun kembang checkerboard dipadankan bersama jaket satin Jane Fonda pada tahun 1991 benar-benar membawa monokrom ke tahap yang baru.
Julia Roberts, 1991

Julia Roberts menghadiri karpet merah dengan gaya serba hitam. Rambut perangnya itu menonjolkan gaya Julia pada malam itu.
Whoopi Goldberg, 1993

Momen untuk Whoopi dalam ensembel hijau neon yang menonjol bersama rona ungu gelap.
Winona Ryder, 1994

Winona hadir ke karpet merah dengan gaya ala Gatsby dalam serba putih, menyarung gaun berkilau dipenuhi manik berjurai pada bahagian bawah gaunnya.
Sharon Stone, 1995

Lagenda, Sharon Stone membuat percikan di karpet merah dengan gaun kembang metalik berona perak.
Vanessa L. Williams, 1996

Vanessa L. Williams berkilauan dalam gaun metalik dan smokey eyes yang sempurna.
Kate Winslet, 1996

Kate Winslet menyarung gaun panjang taffeta berona merah jambu lembut dan dihiasi helaian kain merah jambu terang membaluti lengannya.
Naomi Campbell, 1996

Naomi Campbell menghiasi karpet merah dengan dalam gaun kuning yang pastinya menangkap mata orang ramai!
Helena Bonham-Carter, 1998

Helena Bonham-Carter dibaluti gaun kembang tanpa lengan dan tulle ungu adalah detik paling kemuncak 90-an yang memukau.
Baca: Oscars Dan Fesyen! 10 Variasi Stail Selebriti Yang Memukau