Hari Valentine 2026 menyaksikan kemunculan wajah-wajah paling ikonik dalam dunia hiburan dalam kempen lingerie terbaru seperti Hailey Bieber, Rihanna, dan kumpulan K-pop sensasi Twice
Antara bintang yang memukau, Hailey Bieber, Rihanna, dan Twice membawa aura glamor, sensual, dan sofistikasi ke hadapan lensa kamera, menjadikan setiap shot kempen ini seakan karya seni tersendiri. Penampilan mereka bukan sekadar mempamerkan lingerie mewah, tetapi juga mencerminkan personaliti unik dan karisma yang telah menjadikan mereka ikon global. Bersama selebriti lain yang turut terlibat, kempen ini menonjolkan gabungan fesyen mewah, kreativiti pengarah seni, dan konsep visual yang memukau, menjadikannya sorotan utama musim cinta tahun ini.
Hailey Bieber
Hailey Bieber menjadi bintang utama kempen ini, memperagakan bra, lingerie, dan sleepwear terbaru dari Victoria’s Secret, menyediakan gaya untuk setiap jenis sambutan Hari Valentine — sama ada romantik, santai bersama rakan, atau malam glamor yang penuh sensualiti.
Setiap rekaan menonjolkan gabungan glamor, keanggunan, dan keselesaan, memastikan peminat VS mendapat inspirasi penuh untuk meraikan musim cinta dengan penuh gaya.
Rihanna
Sementara itu, Rihanna terus mengukuhkan statusnya sebagai ikon fesyen dengan kempen Savage X Fenty yang terbaru. Dikenali dengan pendekatan inklusif dan berani, jenama ini menampilkan pelbagai rekaan lingerie dan sleepwear yang sesuai untuk semua bentuk badan dan personaliti. Kempen terbaru menonjolkan gabungan gaya edgy, sensual, dan confident, sambil menekankan keberanian dan ekspresi diri.
Seperti biasa, Rihanna bukan sahaja berada di belakang jenama sebagai pengasas, tetapi juga menjadi wajah utama, memperagakan rekaan yang menggoda, chic, dan eksperimental. Dari bra dan panty yang klasik hingga set lingerie berani dengan detailing unik, setiap helaian menampilkan identiti jenama yang moden dan progressive, sambil merayakan kepercayaan diri dan keunikan setiap wanita.
Twice
Menjelang sambutan penuh cinta, Victoria’s Secret PINK memperkenalkan koleksi “Wink” melalui sebuah kempen menampilkan sensasi K-pop, TWICE. PINK telah bekerjasama dengan Nayeon, Jihyo, Momo, dan Tzuyu untuk mempamerkan gaya-gaya baharu dari koleksi Hari Valentine ini.
Jenama adik-beradik Victoria’s Secret ini tetap setia dengan kekuatan utamanya: rekaan yang playful, comel, dan sedikit menggoda, sesuai dengan imej romantik dan santai musim ini. Kempen ini menampilkan keempat-empat anggota memakai pelbagai rekaan, dari bra hingga slip dress, dengan gaya yang terasa sangat “mereka sendiri”, memadukan aura seksi, chic, dan personaliti yang memikat.
Elizabeth Gillies
Elizabeth Gillies tampil memukau dalam kempen terbaru Adore Me Atelier, sebuah koleksi terhad yang menampilkan rekaan lingerie elegan, premium, dan romantik khas untuk Hari Valentine. Dibuat daripada sutera vegan dan lace lembut yang mewah, setiap helaian menekankan gabungan keanggunan, sensualiti, dan romantik kontemporari.
Koleksi ini sesuai bagi mereka yang mahukan feel mewah dan eksklusif, sambil merayakan Hari Valentine dengan gaya yang sophisticated dan sensual.
Baca: Stack Your Jewelry with KATSEYE, Wajah Kempen Pandora Mini Charms




