KEMPEN GLOBAL COACH MUSIM LURUH 2021
Di bawah satu koleksi yang sama, Coach turut melancarkan siri kempen global Coach musim luruh 2021. Sempena musim baharu, Coach mengambil kesempatan itu untuk meraikan tema kebersamaan, namun dalam sisi yang lain.
Coach mengetengahkan nilai persahabatan dalam penghasilan kempen, maka itu Coach menjemput rakan-rakan bintang kempen untuk turut sama menghiasi kempen.
Bintang kempen yang sudah dianggap sebagai keluarga Coach, antara yang terlibat sekali lagi ialah ialah Jennifer Lopez, Michael B. Jordan, dan Jeremy Lin. Dan dirakam oleh jurugambar, Renell Medrano. Kempen ini menyaksikan momen gembira yang tidak dijangka yang hanya dapat dinikmati saatnya bersama rakan dan komuniti berkumpul. Ternyata, Coach sekali lagi menyambut tema kebersamaan.
Dalam menyambut tema tersebut, rekaan Coach musim luruh 2021 turut memperkenalkan beg Tate dan Soft Tabby yang baharu, Hitch Backpack dan pengenalan semula beg Rogue yang ikonik. Diilhamkan oleh visi terkini Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers untuk rumah fesyen itu, koleksi ini juga meliputi kot shearling mewah dan jaket kulit yang direka dengan kerjasama jenama Amerika, Schott.
Miliki koleksi Camo Print melalui pembelian di http://malaysia.coach.com atau Coach on Delivery, servis beli-belah produk Coach yang dijamin memudahkan dengan kawalan keselamatan dan keselesaan dari rumah.
#CoachNY
Artikel berkaitan: Dua Lipa untuk PUMA, Taruhan Suede Mayu