Acara Victoria's Secret Fashion Show 2018 masih trending. Di sini EH! himpunkan buat anda gambar-gambar model di Victoria's Secret 2018.
Model baharu yang ikut serta, Winnie Harlow dan Duckie Thot membuat debut kemunculan di Victoria's Secret Fashion Show di New York pada 8 November lalu, dan tidak dilupakan model lalu yang kembali ke jenama ini iaitu Gigi Hadid dan Kendall Jenner.
Bahkan, turut menjadi perhatian adalah berita Adriana Lima mengumumkan untuk berhenti dari Victoria's Secret selepas 20 tahun di pentas peragaan itu. Dari USD1juta Dream Angels Fantasy Bra yang digayakan dengan 2,100 berlian Swarovski yang mana dipakai oleh Elsa Hosk ke Mary Katrantzou Floral Fantasy koleksi kapsul, EH! kongsikan gambar model VS Fashion Show 2018 di bawah.