Miu Miu meluncurkan koleksi berteraskan kelestarian bersama Levi’s®, Upcycled by Miu Miu. Menggabungkan konsep fesyen dan kemapanan, mengolah gaya klasik dan vintaj Levi’s® yang terinspirasi dari tahun 90-an, disunting berdasarkan suntingan moden Miu Miu. Rangkaian ‘pre-loved’ Levi’s® dipilih, lalu memunculkan serangkaian denim dalam olahan baharu yang telah bergabung signatur gaya Miu Miu. Penampilan yang tentunya lebih menarik dan memikat pandangan.
Upcycled by Miu Miu memperkasakan ideologi kelestarian fesyen, disamping untuk melindungi alam sekitar, turut bertujuan untuk mempersembahkan rekaan penuh gaya buat menghangatkan stail musim baharu. Koleksi yang berjiwa muda, bebas representasi dalam gaya, bentuk dan cereka tersendiri yang tersemat di sebalik koleksi. Memberi ruang buat para wanita mempraktik versatiliti tiap rekaan mengikut stail tersendiri.
Muse fesyen Miu Miu, Emma Corrin, Lila moss dan Georgia Palmer terpilih untuk menghiasi kempen fesyen Upcycled by Miu Miu. Wajah fesyen tersebut dirakam oleh jurugambar, Johnny Dufort. Pemilihan mereka cukup menepati konsep rekaan, yang mana menterjemahkan makna ‘jiwa muda’ yang berani, playful dan segar. Aspek-aspek tersebut terlihat menyemati pada penghasilan kempen Upcycled by Miu Miu.
Upcycled by Miu Miu memuatkan rekaan vintaj dan ikonik seperti seluar denim MADE IN USA 501 dan jaket Trucker citra era 1980-an dan 1990-an, sekali gus merayakan rekaan ikonik Levi’s®. Miu Miu memilih rekaan-rekaan tersebut kerana ia pernah menjadi obsesi anak muda juga membentuk trend popular suatu ketika dahulu. Turut merangkumi gaya bekerja yang stylish dan moden. Setiap helaian terkandung diteliti sepenuhnya dan memaparkan identiti Miu Miu, lalu mendefinisikan kembali dengan rekaan playful yang memikat dan kekinian, tampil eksklusif dan mengekspresikan gaya personal generasi masa kini.
Paduan karakter ‘masculinity’ dan ‘femininity’ yang memukau nyata dalam nuansa playful yang banyak digemari generasi sekarang. Menyimbolkan semangat baharu Miu Miu.
Tiap denim yang terpilih direka dan ditambah dengan butiran Miu Miu, seperti sulaman kristal, mutiara, floral dan diamanté. Lengan puff dan lencana kulit bermotif intarsia turut ditonjolkan dalam rekaan koleksi ini. Identiti gaya yang berbeza-beza dan warna yang beragam, mencadangkan stail sempurna buat gaya jalanan.
Lencana ikonik Levi’s® ditampilkan dalam warna merah jambu Miu Miu, mewujudkan satu lagi transformasi gaya dalam koleksi Upcycled by Miu Miu. Logo Levi’s® ditampilkan pada sisi lencana. Mengukuhkan lagi penyatuan dua jenama dalam satu koleksi yang cemerlang.
#UpcycledbyMiuMiu
#LevisxMiuMiu
Artikel berkaitan: 3 Idea ‘STYLING’ Hijabi Yang Wajib Kamu Cuba