Kemeriahan hujung tahun mula dirasai apabila jenama fesyen tersohor Coach membina instalasi mega di perkarangan Pavilion yang dinamakan sebagai ‘Give A Little Love’.
Berinspirasikan taman musim dingin yang bersalut salji di New York, Coach cuba bawakan atmosfera itu ke pierkarangan utama pusat beli-belah tersohor negara, Pavilion. Dinamakan sebagai ‘Give A Little Love’, instalasi ini sudah mula bertapak secara rasmi hari ini sehingga penghujung tahun.
Bagi sesiapa yang berkunjung ke Pavilion wajib untuk anda melawati perkarangan Pavilion untuk merakam memori di instalasi ini. Percayalah sebaik melangkah, mood percutian hujung tahun terus membugar di dalam jiwa. Melihatkan lampu-lampu yang menerangi persekitaran dan dilatari pula butik Coach di Pavilion Elite, suasana kota metropolitan New York dapat dirasai.
Memeriahkan isntalasi mega ini, Coach ‘menghidupkan’ wata atau ikon mereka seperti si penguin Belle, Holly (rusa), Ginger the fox, angsa Paddles bersama-sama si burung hantu, Luna dan burung Robin juga hedgehog Spike. Melengkapkan lagi instalasi ini ialah terowong pejalan kaki yang berpancaran dengan cahaya lampu kuning keemasan.
Instalasi ini akan bertambah meriah menjelang Disember apabila jenama yang mula diperkenalkan pada tahun 1941 ini menghadirkan pula animasi 3D pada pintu utama pusat membeli belah ini. Para pengunjung berpeluang bermesra dengan maskot Coach di butik sambil mengenali koleksi hujung tahun Coach seperti beg Studio dalam motif Signature dan Coach Quilties metalik.
Baca: Coach x Michael B. Jordan, Kolaborasi Kedua Yang Menyatukan Fesyen dan Seni